KUALA LUMPUR : Kementerian Pengajian Tinggi membatalkan penubuhan 59 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) manakala 28 lagi dikenakan tindakan pembatalan kelulusan pendaftaran dalam tempoh 2009 hingga 2010.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tindakan pembatalan itu diambil berikutan IPTS berkenaan tidak mampu menyediakan perkhidmatan berkualiti dalam aspek kawalan seperti kualiti program, premis, pengurusan serta pentadbiran, tenaga pengajar, kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
"Namun, tindakan yang dikenakan ini adalah kepada kolej-kolej bukannya yang berstatus universiti swasta, kolej universiti swasta atau universiti cawangan luar negara," katanya menjawab soalan Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap)mengenai bilangan universiti dan kolej universiti swasta dalam negara selain peruntukan geran kepada IPTS pada persidangan Dewan Rakyat ,semalam.
Saifuddin berkata sebanyak 485 IPTS termasuk 49 bertaraf universiti dan kolej universiti serta kampus cawangan universiti luar negara dengan 541,629 penuntut berdaftar dengan kementerian sehingga 31 Januari lepas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan