Sebuah kumpulan baru pro-Umno yang mewakili peneroka Felda akan ditubuhkan tidak lama lagi untuk melawan pengaruh Persatuan Anak Felda (ANAK) yang pro-PAS.
akan berusaha menyelesaikan masalah peneroka Felda sebelum kesempatan itu diambil oleh pihak pembangkang.
Presiden penajanya, Masran Ahmad Sayoti menyarankan agar semua generasi kedua peneroka Felda membentuk jawatankuasa bertindak masing-masing.
Manakala jawatankuasa pimpinannya akan bertindak sebagai perantara antara peneroka generasi kedua dan pihak pengurusan Felda untuk menyelesaikan sebarang masalah melalui saluran yang betul.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Felda Chemplak, Tenang semalam, Masran berkata, tidak seperti ANAK, jawatankuasanya tidak akan mengambil pendekatan konfrontasi apabila membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Felda.
Masran mengakui bahawa generasi kedua peneroka menghadapi masalah seperti kekurangan peluang pekerjaan serta kekurangan tanah pertanian dan perumahan.
Bagaimanapun, beliau menganggapnya sekadar "masalah teknikal" yang boleh diselesaikan di peringkat pentadbiran yang lebih rendah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan