LABIS — PAS menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) menyerang suami calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman - dengan menjadikan soal cuti sakit bahan kempen DUN Tenang — sebagai satu “serangan terdesak” untuk meraih sokongan pengundi selepas gagal dalam isu bersalam.
Dalam laporan beberapa akhbar arus perdana hari ini, Makrof Abdul Mutalib suami kepada Normala dikatakan mengambil cuti sakit selama 21 hari bulan ini.
Perkara itu didedahkan menerusi sebuah blog, http://marahku.blogspot.com/ yang mendakwa Makrof mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari lalu dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat di sini.
Ia diikuti cuti sakit selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari lalu, dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh dari pusat kesihatan sama.
Menurut Bendahari PAS pusat Dr Mohd Hatta Ramli, serangan terhadap Makrof itu dilihat BN sudah tidak mempunyai “modal” dalam kempen pilihan raya kecil kali ini.
“Banyak perkara yang dibangkitkan bukan calon tapi suami calon, kalau kita lihat beberapa keratan akhbar (hari ini) menunjukan salinan MC (surat sijil sakit).
“Saya tak tahu bagaimana mereka boleh dapat surat itu, saya tak tahu sama ada sekolah (tempat Makrof mengajar) boleh dedahkan MC kerana ia tidak wajar untuk didedahkan,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.
“MC adalah personal antara majikan dan pekerja, dalam MC itu tidak sebut apa penyakit... tidak berikan kata penyakit apa. Apa yang ada masalah kemurungan, bukan satu penyakit yang teruk,” kata beliau.
2 ulasan:
Noramla-sedih-sungguh sedih-apabila mengetahui bahawa skandalnya terbongkar.
Sebelum ini dengan angkuh Normala menafikan bahawa dakwaan kononnya dia pernah kahwin dua kali adalah fitnah dan tidak berasas.
Namun apabila terbongkar-bahawa 13 tahun lalu- Normala pernah berkahwin dengan seorang yang bernama Abdul Rahman Nordin yang berkerja di Merry Brown Johor Bahru- kini Normala hanya membisu seribu bahasa.
Malang sungguh nasib Cikgu ini-begini lah kalau nafsu menguasai diri.
Gelagat Normala yang ditunjukkan di depan umum-hanya sandiwara.
Jika dalam kehidupan sendiripun bersandiwara-apatah lagi jika ada kaitan dengan rakyat.
Kita mahu memilih pemimpin kita yang telus, jujur dan ikhlas-bukannya seperti Normala.
Kepada penduduk Tenang- anda akan lebih terbela jika memilih Azhar Ibrahim yang kosong masalah pribadi.
Anda mungkin juga meminati:
Kalau nak cerita kisah silam, aku rasa calon BN pun banyak juga.
Berfikiran terbukalah sadikit...Omar Al Khatab dan sahabat lain masa dalam kafir banyak jenayah dilakukannya, bila dia masuk Islam orang tidak sebut pun kisah lamanya...
Kita perlu berfikiran kehadapan. Dan fikirkan juga apa jadi kepada wakil rakyat yang menang jika beliau disabitkan mahkamah bersalah kerana kesnya yang sedang menunggu...
Kepada pengundi Tenang, buat solat istikharah dan mohon Allah tunjukkan calon mana perlu disokong dan memberikan kebaikan kepada anda semua pada masa depan.
Jangan mengaku Islam, tapi jauh dengan pertunjuk Allah !.
Catat Ulasan