Ditulis oleh Te@M.IT
LABIS - Bermula jam 8 pagi tadi, proses pengundian pilihan raya kecil DUN Tenang bermula sebaik sahaja 12 pusat mengundi dibuka dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.
DUN Tenang mempunyai 14,753 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 14,735 pemilih biasa dan 18 pengundi pos, dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani, pekerja di ladang getah dan kelapa sawit.
Daripada jumlah itu, 7,014 orang (47.54 peratus) terdiri daripada kaum Melayu; Cina (5,766); India (1,780); Bumiputera Sabah (enam), Bumiputera Sarawak (lima) dan Orang Asli (171).
Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.
Menurut ramalan, cuaca hujan pagi ini akan diikuti hujan lebat di tengah hari.
Pusat perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama. Pengumuman dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan