Rabu, 26 Januari 2011

Jangan politikkan bantuan kerajaan negeri

SELANGOR KINI

Mohamad Abd Rahman

SELAYANG- Sumbangan buku yang diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor tidak harus dipolitikkan kerana tujuan bantuan itu adalah bagi membantu ibu bapa mengurangkan beban ketika menghadapi sesi persekolahan baru-baru ini.

Menurut Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Taman Templer, Mohamad Abd Rahman, beliau menerima aduan daripada ibu bapa yang pihak sekolah di sekitar Selayang melarang pelajarnya menggunakan buku sumbangan terbabit atas alasan yang dianggap tidak munasabah.

“Sekolah rendah dan sekolah menengah di Taman Selayang, guru-gurunya melarang murid-murid mereka daripada menggunakan buku yang diberi.

“Saya rasa kalau sebab tidak boleh tengok lambang negeri Selangor, tampallah lambang tersebut, tetapi jangan politikkan… kerana mangsanya anak-anak yang hendak belajar,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, sumbangan yang diberi hanya kepada golongan tertentu dan dipilih berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri, antaranya mestilah pendapatan ibu bapa kurang daripada RM1,500, ibu tunggal dan golongan orang kelainan upaya (OKU).

“Kalau ada yang mengatakan pemberian buku ini merupakan satu agenda politik, maka saya nafikan sebab bantuann ini bertujuan meringankan beban kepada ibu bapa, lagipun bukan semua dapat bantuan ini, hanya orang miskin dan golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Kerajaan negeri membelanjakan lebih RM650 ribu bagi membekalkan lebih sejuta naskhah kepada semua 56 Dewan Undangan Negeri (Dun), termasuk kawasan parlimen tanpa mengira parti politik kepada pelajar kurang berkemampuan.

Difahamkan setiap pelajar menerima 20 buah buku latihan untuk digunakan pada sesi persekolahan yang baru 3 November lalu.

14 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Kerajaan memang sepatutnya memberikan bantuan seperti ini kepada rakyat. Itu juga daripada duit cukai rakyat, maka kita patut ambil saja semua yang diberikan.

Anak Sabah berkata...

Bukankah sekarang semua sekolah di seluruh negara memberikan pinjaman buku teks kepada pelajar? Dari dulu lagi buku latihan, pen dan pensel diagihkan kepada para pelajar.

madd berkata...

itu sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberikan bantuan kepada yang memerlukan.

tombolo berkata...

bantuan kerajaan adalah untuk semua rakyat, ia tak perlu lah nk dipolitikkan.

Antanum berkata...

Semamngnya tidak perlu dipolitikkan tetapi, yalah pihak tidak dapat menerima yang kerajaan adalah lebih baik dari mereka.

Antanum berkata...

Jika sudah tidak ada isu, apa2 isu sahaja akan dijadikan bahan untuk melontarkan segala cemuhan. Tidak dapat melihat kelebihan dan kebaikkan orang lain. Jika hebat sangat berilah juga bantuan kepada rakyat.

Mohd Ishak berkata...

Saya masih ingat dulu-dulu sekolah ada bagi baju seragam percuma, kasut sekolah, pensel 2B berwarna putih...

Tanpa Nama berkata...

sebagaimana kerajaan negeri selangor tidak mahu sumbangan ini dipolitikkan, begitu juga dengan bantuan kerajaan di negeri2 lain. jangan politikkan setiap bantuan kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri yang bertujuan untuk meringankan beban penduduk miskin.

Tanpa Nama berkata...

sumbangan seperti ini sememangnya amat baik dan amat digalakkan. cuma yang tidak baik apabila sumbangan ini sengaja digagalakan oleh pihak tertentu semata2 untuk kepentingan politik.

nurfatihah berkata...

betul johnny, bantuan kerajaan negeri dari dulu lagi, kenapa ada aduan tiba-tiba?

Sanih Alias berkata...

Sumbangan buku untuk ilmu dan bukan untuk politik. Nanti bila kerajaan tidak memberikan sumbangan ada pula pihak lain yang mengatakan kerajaan tidak mengambil pehatian.

Paquin berkata...

Gara-gara politik semua perkara pun dicurigai. huhu

Paquin berkata...

Semoga setiap individu akan lebih matang dan bersifat neutral dalam membuat sesuatu penilaian. Jangan sampai tersalah nilai pula. hehe

Unknown berkata...

Bersyukurlah dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan.