TERHEMPAP….sebuah kereta mewah terhempap oleh hakisan tanah yang runtuh dari arah sebuah bukit di Pasir Putih (gambar sisipan Maryati).
Oleh: SHAIMON S JUMADI
TERDAPAT beberapa faktor kenapa setiap kali hujan lebat beberapa kawasan begitu mudah dilanda banjir lumpur berana berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna; apatah lagi jika saluran parit tersumbat.
Akibatnya, jika hujan berpanjangan, arus air yang bercampur lumpur yang datang dari arah bukit, sudah tentu tidak dapat ditampung parit sedalam 10 kaki dan lebar 15 kaki disebabkan limpahan air yang banyak sehingga terjadi banjir kilat.
Menurut pandangan beberapa orang penduduk di persekitaran yang sempat ditemui semasa tinjauan Wartawan Kanan Sabahkini.Net, majoriti mereka menuding jari kepada Jabatan Kerjaraya dan Majlis Perbandaran Sandakan.
“Ini semua berpunca daripada kerakusan pembangunan yang ingin pesat di beberapa sudut sehingga berlakunya pencemaran alam sekitar semula jadi. Contohnya bukit-bukau ditarah sehingga rata dan pokok-pokok ditebang sehingga menyebabkan struktur tanah di bukit tidak kukuh. Apabila hujan lebat berpanjangan, maka tanah begitu mudah runtuh dibawa oleh arus air yang begitu deras dan mengalir ke kawasan rendah” jelas Maryati @ Waty Antony (gambar sisipan) seorang penduduk Taman Raja Wali Sandakan yang turut menjadi mangsa banjir di mana rumahnya telah dinaiki air sedalam tiga kaki.
Menurut Maryati, pihak berkuasa tempatan harus mengambil kira bantahan rakyat dan mengkaji beberapa sudut bagi melestarikan pembangunan agar mengutamakan faktor keselamatan dan kesejahteraan orang ramai.
“Pencabulan alam semula jadi seperti menerokai bukit-bukau dan pokok-pokok yang jadi mangsa keadaan. Inilah salah satu faktor utama berlakunya banjir kilat di sana sini,” ujar Maryati lagi.
Kata Maryati, senario berbeza bagi kawasan tebingan sungai seperti Kinabatangan kerana banjir sebesar mana pun, tidak begitu menggugat kerana sistem saliran belum terganggu.
“Sejak lahir 26 tahun lalu, inilah kali pertama bandar Sandakan dilanda banjir lumpur sehingga melibatkan beberapa deret bangunan kedai telah dinaiki air sedalam tiga kaki,” ujar Maryati yang menyifatkan fenomena ini merupakan satu detik hitam kepada warga asal Sandakan yang ‘bebas banjir’.
Maryati yang bertugas sebagai Pegawai Pentadbir Pejabat UMNO Bahagian Beluran merayu kepada pihak yang berkenaan khususnya pihak berkuasa tempatan semoga dapat mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini agar tidak berulang lagi kerana banjir kilat ini benar-benar menyusahkan rakyat.
14 ulasan:
jka benar punca banjir adalah akibat parit yang tersumbat dan sistem pengairan yang tidak sistematik, pihak bertanggungjawab kena membuat penyelenggaraan sistem perparitan bagi memastikan sistem pengairan berada dalam keadaan stabil.
pekara ini perlu diambil perhatian. langkah untuk memastikan keadaan parit dan saliran berada dalam keadaan baik dan tidak tersumbat perlu diambil.
dalam keadaan banjir semua pendudk perlulah sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan pekara yang tidak diingini daripada berlaku.
Jabatan saliran perlu memantau masalah ini. Benarkan punca utama adalah saliran tersubat menyebabkan banjir berlaku..
Pihak berkuasa sedang menjalani pemantauan di Sandakan. Harap mereka boleh memastikan keadaan di sana under control.
Disini lah salahnya. Sandakan sibuk dengan pembangunan sana sini namun, satu yang mereka leka adalah sistem pemparitan. Sememangnya sistem pemparitan itu penting untuk mencegah banjir. Semoga yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera, sementara hujan berhenti.
Agar apa yang berlaku dijadikan sebagai panduan di masa hadapan. Bukan sahaja kepada penduduk disandakan tetapi juga kepada semua kawasan.
apa sahaja projek pembangunan yang telah dikenalpasti menjadi punca kepada masalah banjir perlu dikenakan tindakan dan dihentikan serta-merta..
sebelum ini, banjir seperti ini tidak pernah berlaku, punca utama banjir ini perlu dikenal pasti dan diselesaikan segera.
Jadi kepada pihak yang bertanggungjawab, sila ambil perhatian.
Jika benarlah parit tersumbat punca banjir, rasanya pihak yang berkenaan haruslah lakukan sesuatu utk selesaikan hal ni.
Takziah kepada keluarag mangas dan saya harap hal ni tidak berulang lagi.
inilah akibat dari kerakusan dan kecuaian manusia.
PBT harus menkaji kejadian kali ini...harus ada langkah2 pencegahan dilaksanakan..diharap kejadian sama boleh dielakkan di masa akan datang.
Catat Ulasan