LABIS : Lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia mengaku bahawa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak menziarahi jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia ketika lawatan beliau ke situ kerana tidak mengetahuinya.
Pengerusi Biro Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hamzah Manaf, 77, dan beberapa pemimpin setempat berkata, tindakan Najib tidak melawat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Kolam Air Felda Tenang, Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd. Din, 61, bukannya suatu isu kerana Perdana Menteri memang langsung tidak mengetahui mengenai kematian Allahyarham kerana tidak dimaklumkan mengenainya, lapor Utusan hari ini.
Abdul Latif meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.
Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.
Rombongan beliau juga lalu di hadapan masjid yang menempatkan jenazah Allahyarham sejak jam 10 pagi ketika beliau menuju ke Felda Chempelak pada sebelah paginya.
Di samping tidak diziarahi, imam masjid juga terpaksa ke majlis PM menyebabkan tidak ada siapa yang mengurus dan mengimamkan solat jenazahnya.
Hasilnya, Ustaz Che' Zuha, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pahang mengimamkan jenazah pada jam 2 petang iaitu selepas solat Zohor kerana kedua-dua imam tidak kedapatan di masjid ketika itu.
Namun hari ini, Utusan berkata, mereka sengaja meminta keluarga simati untuk mengimamkannya.
Padahal, kedua-dua imam tiada di masjid hatta untuk mengimamkan solat fardhu Zuhur kerana imam diarahkan oleh Umno cawangan supaya menghadiri majlis sambutan kedatangan Najib.
Calon PAS, Cikgu Normala Sudirman (ketika belum sah sebagai calon lagi) bersama para petugas PAS dan anggota Unit Amal yang berada di situ segera menziarahi jenazah dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Mereka juga bersama ahli qaryah menguruskan jenazah dari awal sehingga ke proses gali kubur dan pengkebumian.
SIAPA FITNAH SIAPA
"Siapa fitnah siapa ni? Kita (Cikgu Mala, petugas PAS dan Unit Amal) hadir menziarahi dan menguruskan jenazah dengan ikhlas dan secara sukarela tanpa disuruh oleh sesiapa. Mereka memanipulasi berita dan menuduh kita yang bukan-bukan.
"Mari tanyalah saya kalau nak tahu. Siapa yang memfitnah siapa sebenarnya?" kata Md. Razi Jamaludin (gambar), 39 tahun, salah seorang anggota Unit Amal yang bertugas hari itu. Turut serta adalah rakan beliau, Wasilah Gothol, 48 tahun.
"Saya terlibat sepenuhnya menguruskan jenazah dari awal sehingga pengkebumian. Allahyarham sememangnya orang kuat Umno di sini. Saya difahamkan beliau telah bekerja keras malam sebelum pemergian beliau ke rahmatullah untuk urusan sambutan kedatangan Najib.
"Namun, apa yang berlaku ialah, kematian beliau tidak dihiraukan langsung oleh UMNO hatta Ketua UMNO sendiri. Yang meninggal itu S/U nya sendiri, bukan orang lain!"
"Tidak patut bagi seorang pemimpin tidak menghiraukan org bawahannya apatah lagi ini melibatkan kematian," katanya lagi.
Bagi beliau, kerja ziarah orang mati, bertahlil untuk ahli qariah, gotong royong, memang sudah menjadi kerja rutin orang PAS.
"Jika bukan pilihanraya kecil pun, memang itulah kerja kita. Mengapa sebelum ini Umno tidak timbulkan sebarang isu? Bahkan jika ada majlis-majlis seperti itu, orang Umno juga yang jemput kita sebelum daripada ini untuk tolong uruskan dan menggerakkan. Jadi dalam hal ini, siapa mempolitikkan siapa sebenarnya?" tanya beliau kesal.
14 ulasan:
Susah nak tahu sekarang, semua media melaporkan benda yang berbeza-beza.
jika Najib tau, pasti dia akan menziarah jenayah arwah. hal ini tk perlu nk diputar belitkan lagi.
setuju dengan Jonny, media melaporkan benda yang berbeza-beza. apa pun, setiap media perlulah memberikan maklumat yang tepat.
Sekarang kreadibiliti media massa Malaysia sudah kurang dipercayai. Tidak tahu bahawa apa yang disiarkan adalah fakta atau tidak.
Seharusnya media melaporkan apa yang sebenarnya. Kita ingin sama2 maju, jangan memikirkan untuk pihak media mengaut keuntungan dengan menyebarkan ceria2 yang telah diputar belitkan.
Media berperanan sangat penting dalam menyebarkan maklumat. Rakyat meletakkan hampir 100% kepercayaan mereka kepada media. Oleh itu adalah tidak patut jika media menyebarkan firnah dan membelitkan mana2 cerita. Sila terbitkan berita yang sahih!
Utusan patut bertaubat.
Ataupun kita boikot Utusan.
Makin banyak masalah di Tenang sekarang ini. Perkara kecil diperbesarkan..
bukan Harakah Daily namanya jika tidak membelit & memfitnah.. Md Razi Jamaludin seorang tokoh PAS bukan saja berbohong mengenai jenazah malah turut membuat fitnah kononnya si mati turut terlibat didalam persiapan majlis PM. Sedangkan si mati hanya mampu duduk dirumah kerana tidak sihat. Mana mungkin Allahyarham Abdul Latif boleh keluar membuat kerja kerana uzur sejak sekian lama.
Dakwaan kononnya jenazah dibiarkan di masjid adalah tidak benar sama sekali, Aminoor ,rakan rakan dan qariah yang menguruskan jenazah dibilik mayat hospital Segamat terus menghantar mayat ke Felda Tenang. yg menguruskan arwah dari ketika dia mula kena serangan jantung hinggalah selesai urusan sembahyang mayat di hospital semuanya adalah ahli2 umno dan org2 kuat umno. Jenazah diletakkan di masjid kerana menunggu qariah Felda Tenang untuk datang mengurus.jam 10.30 pagi baru bertolak dari hospital segamat. Paling awal pukul 11 baru tiba biasanya 40 minit.
Secara logiknya la kan, mustahil Najib tak menziarahi jenazah tu jika dia tahu akan hal ni. Susah juga mahu salahkan Najib sebab dia kan sibuk dengan urusan rasmi...
Apapun, memang susah mahu cakap la.. Terlalu banyak maklumat yang berbeza yang disampaikan oleh media... Apapun, pandai2lah kita nilai hal ni sendiri.
dah yg mampus pun orang pas.. lantak pie lah.. ekekekk pas pakar fitnah pun
Catat Ulasan