Rabu, 26 Januari 2011

Betapa daifnya hakikat kerja dakwah Umno selama ini

Oleh Kassim Muhammad

Berdasarkan hujah dan cakap-cakap para pemimpin MCA(*) di Tenang sehari dua ini, kita dapat melihat dengan jelas ― sikap, pendirian, kefahaman pucuk pimpinan parti komponen BN ini. Adalah jelas bahawa:

Pertama, MCA itu adalah parti Cina untuk masyarakat Cina dan berjuang untuk bangsa Cina di negara ini Kedua, MCA mestilah memaklumkan kepada orang-orang Cina negara ini bahawa negara Islam Pas itu mesti ditentang ― ia tidak boleh diterima kerana ‘conservative dan theocratic.’

Lebih jelas Presiden dan Timbalan Presiden Parti Cina itu menyatakan:

Satu:

Sebagai parti yang berteraskan orang-orang Cina adalah menjadi tanggungjawab saya (Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek) dan MCA jika saya tidak menjelaskan agenda sebenarnya Pas. Presiden Pas Abdul Hadi Awang dengan jelas menyatakan hasrat ini (negara Islam).

Dua:

Timbalan Presiden MCA, Liow Tiong Lai turut menyokong bosnya dengan menyatakan bahawa keengganan Cikgu Normala berjabat tangan dengan kaum Adam menunjukkan sikap konservatif dan ideologi keagamaan parti itu (conservative and theocratic ideology)

ii.

Mantan seorang Menteri Perdana telah mengisytiharkan bahawa negara ini adalah sebuah negara Islam. Sepanjang yang kita ketahui, Umno/BN tidak pernah menyatakan “TIDAK” terhadap pernyataan/deklarasi solo mantan ini.

Manakah yang betul, apakah negara ini sekular atau pun sebuah negara Islam?

Isu berjabat tangan atau tidak mahu berjabat dengan lelaki oleh calon Pas itu telah dibesar dan diletup-letupkan kerana MCA telah memilih untuk mengiring bolanya ke dalam padang yang bernama negara Islam. Peliknya, MCA menikus apabila mantan bos besar mereka membuat deklarasi bahawa ini sebuah negara Islam.

Dalam isu ini yang jauh lebih menarik ialah tentang betapa kentalnya zat perkauman MCA itu. Kita tak perlu meraban dan berhujah berjela-jela. Pendekkan kalam MCA mengaku bahawa ia wujud kerana menjaga kepentingan orang-orang Cina (**).

Kata para pemimpin MCA, Islam itu tidak baik untuk orang-orang Cina.

Betulkah begitu? Apakah MCA telah berlaku adil kepada orang-orang Cina yang Muslim?

Kalaulah MCA masih samar-samar dengan wajah Islam ini, apakah yang dapat kita simpulkan? Bukankah ini jelas menunjukkan Umno sebagai ketua, sahabatnya MCA, jaguh dan pahlawan Melayu dan Islam telah gagal menjelaskan apakah Islam itu kepada para kerabat yang tidur sebantal dengannya sejak setengah abad yang lalu?

iii.

Apakah benar segala yang dilaung-laungkan oleh slogan 1Malaysia yang gah dicanang ke sana ke mari itu? Apakah MCA dapat berdiri di depan khalayak Melayu sambil berhujah tentang Melayu dan negara Islam sepertimana yang termaktub dalam idea besar SATU Malaysia itu?

Atau, MCA seperti bosnya Umno itu sangat perkauman ― hatta adat resam, budaya dan agama pun ― dicerap dari teropong perkauman?

__________________________________________________________

(*)Sila rujuk “Soi Lek: “No let up on assaulting PAS' Islamic ideals” Regina Lee Jan 24, 11 10:02pm Malaysiakini)

(**) Dalam konteks ini, cuba bandingkan dengan DAP, Pas dan PKR. Pas yang katanya konservatif dan teokratik itu ada Dewan Himpunan Penyokong Pasnya sendiri. (Kita sangat gembira melihat kehadiran mereka yang begitu ramai di Tenang. Syukur alhamdullilah.)

________________________________________________

Soi Lek: No let up on assaulting PAS' Islamic ideals
Regina Lee Jan 24, 11 10:02pm

MCA president Dr Chua Soi Lek said he will continue to use PAS' Islamic state agenda as an issue for the Tenang by-election as it was his duty to do so as the party president.

Earlier today, Deputy Prime Minister and BN polls commander-in-chief Muhyiddin Yassin had ordered Chua to stop criticising PAS' candidate Normala Sudirman's refusal to shake hands with men.

Asked about this evening during a press conference at the Labis Moral Uplifting Society office, Chua said that Muhyiddin should have communicated with him through internal channels.

"If the DPM doesn't want us to talk about the Islamic issue, then he should communicate to us. There is no need for the DPM or the media to communicate this to us.

"When we talk about the Islamic state issue, it is something that's not new, it's not something that's extraordinary or something that we pluck out from the air.

“It's something that's based on the (PAS) constitution which clearly states that they want to set up an Islamic nation.

“As a Chinese-based party, it is my duty and I'll be failing in my duty and MCA would be failing in its duty if we don't explain to Chinese the true agenda of PAS, because (PAS president Abdul Hadi Awang) has said this very clearly,” he said.

The more conservative Muslims believe that shaking hands with non-mahram (un-marriageable men) is prohibited, but Chua and Gerakan Wanita chief Tan Lian Hoe have ridiculed Normala (left in purple headscarf) for this, describing it as a move towards Islamic theocracy.

MCA vice-president Liow Tiong Lai, in joining the fray, had said Normala's (left) refusal to shake hands with male voters reflects the conservative and theocratic ideology behind PAS.

However, Muhyiddin had called on for everyone to stop the debate, saying that BN should not exploit Normala's personal choice.

http://barabarajiwa.blogspot.com

Tiada ulasan: