Khamis, 9 Disember 2010

Tukang kebun sekolah mati gemparkan pelajar sedang hadapi SPM

BERNAMA

KUALA LUMPUR – Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist Sentul di sini yang sedang bersiap-sedia untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) awal pagi tadi gempar apabila menyaksikan tukang kebun sekolah berkenaan mati selepas terjatuh di atas lantai simen.

Difahamkan ekoran kejadian kira-kira 8 pagi itu, para pelajar diberikan masa untuk menenangkan diri mereka sebelum memulakan kertas peperiksaan.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata tukang kebun itu K. Thagaraj, 58, dilaporkan terjatuh ketika berjalan berhampiran bangunan kelas menyebabkan kepalanya terhantuk di lantai dan mati di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Beliau berkata dari maklumat yang diberikan keluarganya, Thagaraj menghidap sakit jantung dan masalah buah pinggang.


Tiada ulasan: