Selasa, 28 Disember 2010

MTUC mahu gaji minimum dilaksana sebelum PRU-13

THE MALAYSIAN INSIDER

PETALING JAYA — Dilihat sebagai isyarat arah aliran menjelang pilihan raya umum ke-13, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mahu kerajaan melaksanakan dasar gaji minimum dilaksanakan secepat yang mungkin.

“Seberapa segera. Ya, keyakinan saya tinggi (akan dilaksanakan sebelum pilihan raya umum),” kata Syed Shahir Syed Mohamud pada sidang media selepas berucap merasmikan persidangan tiga tahun sekali MTUC di Rumah Peladang di sini hari ini.

“Kami akan menyokong mana-mana parti yang menghormati hak-hak pekerja,” kata beliau sambil menambah, walaupun ramai ahli MTUC berlainan parti tetapi dalam isu pekerja “kami bersatu.”

MTUC dilihat akan meletakkan ia sebagai salah satu perkara yang akan dituntut pihaknya pada pilihan raya umum ke-13.

Isu gaji minimum menjadi isu diperjuangkan MTUC sejak enam dekad yang lalu.

Baru-baru ini kerajaan sudah menyatakan keputusan mahu mewujudkan dasar gaji minimum dan kemungkinan dilaksanakan Jun depan.

MTUC mempunyai 500,000 ahli dengan 260 kesatuan gabungan.

Gaji minimum dijangaka akan memanfaatkan tiga juta pekerja secara langsung.

8 ulasan:

madd berkata...

penetapan gaji minimum merupakan pekara yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak terutamanya golongan pekerja.

madd berkata...

kerjaan kini sedang berusaha ke arah gaji minimum. namun pekara ini perlu diteliti dengan sebaiknya. harap keputusan yang terbaik untuk semua pihak akan dapat dibuat nanti.

Unknown berkata...

sehingga kini gaji minimum belum lagi dilaksanakan di negara kita, para pekerja amat menantikan ia dilaksanakan.

mandau berkata...

gaji minimum perlu dilaksanakan. semoga ia akan dilaksanakan secepatnya.

Unknown berkata...

For the very 1st place i am very agree to have this minimum wages to be run as soon as possible...i know there are lots of people out there also waiting to this good news...cross finger, the story will ends with a happy ending...

nickko berkata...

skim gaji minimum sudah banyak kali dituntut oleh rakyat, namun sehingga hari ini belum ada tanda2 kerajaan akan melaksanakan skim itu. dengan fenomena kenaikan harga barang yang mendadak, amat wajar skim ini dilaksanakan segera bagi meningkatkan atau menyeimbangkan kuasa beli rakyat dengan kenaikan tersebut.

Awanama berkata...

I agree with MTUC. The minimum wage policy should be implemented as soon as possible.

Sanih Alias berkata...

Gaji minimum ini perlu dilaksanakan bagi mengurangkan beban rakyat. Dan perkra ini perlu ditapis supaya pekerja asing tidak akan memperolehi gaji minimum yang sama dengan rakyat tempatan.