Isnin, 27 Disember 2010

Najib Tak Berani Jelas 1Malaysia Ciptaan Apco Dalam Parlimen

Oleh Suara Keadilan

faekah1Kenyataan Perdana Menteri (PM) bahawa slogan 1Malaysia bukan alat propaganda politik BN tetapi wadah penyatuan membina masyarakat amat menggelikan hati. Sebaiknya PM mengarahkan syarikat yang membolot kontrak mencetak kain rentang dan banting slogan ini menarik balik semula kain rentang dan banting yang telah mereka cetak dan pasang.

Jika tidak, ia akan menunjukkan PM menipu dalam terang. Rakyat melihat dengan jelas bagaimana lambang BN terpapar pada setiap banting yang dipasang. Gambar PM yang jauh lebih besar dari jalur gemilang juga menjengkelkan mata. Nasihat saya baik tarik semula sebelum diketawakan anak-anak.

Apapun, isu yang lebih penting yang PM atau TPM harus jelaskan kepada rakyat ialah; jika benar ia adalah alat penyatuan dan bukan propaganda UMNO-BN mengapa perkara ini tidak pernah dibincang dan dibahaskan dalam parlimen? Mengapa ia tidak dimasukkan di dalam bajet Negara sedangkan bayaran bagi menghasilkan slogan “indah” ini mencecah RM100 juta.

Mengapa hanya setelah Ketua Pembangkang membangkitkan perkara ini dengan kaitan kepada penglibatan APCO barulah Parlimen membahaskannya? Itupun bukan untuk membahaskan kewujudannya, bayaran ke atasnya, mahupun matlamat mewujudkannya tetapi mahu menghukum Ketua Pembangkang kerana mengetengahkannya.

Sebarang perkara untuk kebaikan rakyat majmuk di Negara ini khusus perpaduan, pasti mendapat sokongan hatta dari Ahli Parlimen pembangkang. Namun persoalannya, ini tidak di lakukan dan seluruh proses kewujudan 1Malaysia ini cuba dirahsiakan. Ini jelas kelihatan apabila akhirnya minggu lalu Ketua Pembangkang dan tiga Ahli Parlimen digantung tanpa diberi hak membela diri.

Pada saya, untuk menerima slogan ini sebagai slogan penyatuan memang jauh dan tidak sama sekali. Ia lebih kepada simbol politik UMNO-BN yang telah membunuh kesucian Parlimen; institusi tertinggi Negara. Sekali gus ia telah menjadikan hari hitam kepada Parlimen dan amalan demokrasi yang selama ini dikatakan diamalkan di negara ini.

Tambahan pula, ternyata rata-rata rakyat Malaysia tidak menikmati 1Malaysia, tetapi 2Malaysia yang penuh dwi standard. Satu untuk Malaysia Umno-BN dan satu untuk Malaysia rakyat marhain.

Apa erti 1Malaysia apabila kroni Umno-BN seperti Tan Sri Rozali Ismail, CEO Syabas yang menyebabkan kerugian syarikat sehingga berhutang RM2.9 billion tetapi menerima gaji RM 425,000 sebulan? Apa erti 1Malaysia apabila kerajaan BN membelanjakan duit rakyat RM320 juta memberi pinjaman mudah kepada Syabas?

Adakah 1Malaysia jika bekas pemimpin UMNO boleh bercuti ke Disneyland dengan membelanja duit rakyat?.Atau adakah 1Malaysia namanya apabila pemimpin mendapat komisyen RM534 juta untuk pembelian kapal selam? Atau mungkin inilah 1Malaysia apabila rakyat kerugian RM12 billion akibat skandal PKFZ !!

Sebaliknya, sejak mendapat ilham “penyatuan” 1Malaysia ini, terdapat rakyat Malaysia dari golongan marhain yang terpaksa memikul beban ekonomi yang kian berat akibat keputusan kerajaan Umno-BN menaikkan harga petrol, bil elektrik, gula, dan barang-barang keperluan asas lainnya.

Kita pelik dengan sikap ambil mudah PM yang merasakan rakyat boleh diperdaya melalui satu slogan. Sepanjang 50 tahun memerintah, Umno-BN tidak pernah berhenti melaga-lagakan kaum dan agama. Akibatnya, syak wasangka kian menebal. Isu perarakan kepala lembu, kepala babi dan pembakaran surau berlaku selepas 1Malaysia.

Apabila sesuatu dilakukan tanpa niat yang ikhlas maka perlaksanaannya pasti pincang. Logo 1Malaysia bertembung dengan jalur gemilang. PM menjerit "1Malaysia",TPM melaungkan “Melayu Dahulu”. Presiden UMNO menjunjung 1Malaysia, Naib Presiden UMNO menjulang keris bertempek “Ketuanan Melayu". Hakikatnya kerana tidak ikhlas, berkata tidak sekata, melangkah pula, mengorak langkah sumbang.

Rakyat terutama di Selangor telah bersatu padu khususnya selepas Mac 2008 yang lalu. Slogan dalam apa bunyi sekalipun tidak memberi makna kepada kami, jauh sekali berasa takut. Sebaliknya, sumber-sumber kerajaan negeri akan ditujukan sepenuhnya untuk menyemai nilai-nilai muhibbah yang jitu, membanteras segala unsur rasuah dan menegakkan keadilan atas prinsip 1Undang-undang Untuk Seluruh Rakyat.

Program kebajikan di Selangor kita gunakan 100 peratus hasil negeri tanpa mengharapkan satu sen pun bantuan dari Kerajaan Pusat. Menerusi pentadbiran yang amanah, jujur dan iklas, kewangan Selangor masih kukuh dan lebih baik berbanding negeri-negeri bawah BN.

Walaupun tanpa slogan perpaduan yang diciplak dengan bayaran mencecah RM100 juta, Kerajaan Selangor telah melaksanakan program-program yang telah memanfaatkan semua bangsa. Hatta, orang Umno juga menerima manfaat daripada program berkenaan.


Faekah Husin
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor

11 ulasan:

samm berkata...

isu ini tidak perlulah dipolitikkan lagi.

samm berkata...

PR tidak sepatutnya membangkitkan isu ini lagi kerana mereka sendiri pun tidak mempunyai bukti terhadap apa yang mereka katakan.

mandau berkata...

kenapa nak kaitkan lagi ia dgn APCO. 1malaysia adalah baik untuk penyatuan masyarakat di negara kita.

amy berkata...

Cakap terus terang sahaja terus ke depan, tidak payah panjang lebar sehingga rakyat jadi binggung.

Unknown berkata...

tk perlu nak buat spekulasi yang tidak benar.

Unknown berkata...

I only know the 1Malaysia slogan was to have a better relation among us so that we can be more develop in the future.

Unknown berkata...

I only know the 1Malaysia slogan was to have a better relation among us so that we can be more develop in the future.

nickko berkata...

sudah banyak pihak yang memberikan penjelasan malah APCO sendiri telah menjelaskan perkara ini tapi pembangkang2 di Malaysia masih berkeras dengan pendirian mereka. untuk apa isu yang lebih kepada pembohongan dibawa ke parlimen? bukan kah isu2 yang membawa kepada kepentingan rakyat lebih baik berbanding dengan isu APCO? jelas menunjukkan pembangkang lebih gairah memperjuangkan politik mereka berbanding dengan kepentingan rakyat.

nickko berkata...

kenapa tidak pertikaikan lambang satu mata PKR dan slogan PAS 4 all yang terang2 menerima pengaruh Israel dan Yahudi??

Awanama berkata...

I don't understand why this 1 Malaysia concept have to be blown up. This should not be an issue the first place, there are still many other more important issues that need to be solved.

Bhatera berkata...

Kenapa perl dipolitikan perkara ini. Demi kebaikan kita yang pelbagai bangsa memang kita mahukankan rakyat kita bersatu. jadi dengan slogan 1 Malaysia ini memang sesuai untuk kita.