Isnin, 27 Disember 2010

Skuad harimau sumbat 3-0 melepasi Indonesia

FREE MALAYSIA TODAY

riedlruesKUALA LUMPUR: Skuad muda harimau Malaysia mengaum ganas membelasah Indonesia 3-0 dalam pusingan pertama final bolasepak Piala Suzuki AFF di Stadium Kebangsaan Bukit Jalil, dekat sini semalam.

Dengan kemenangan besar di hadapan penonton penuh sesak seramai 100,000 itu, sekali gus pasukan negara membalas dendam terhadap kekalahan 1-5 dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan di Jakarta 1 Disember lalu.

Mohd Safee Sali menyumbat dua gol pada minit ke 60 dan ke 73 manakala pemain gantian Mohd Ashaari Shamsuddin menjaring gol pada minit ke 67 untuk memberi kelebihan selesa menjelang perlawanan akhir kedua di Jakarta hari Rabu ini.

Indonesia memerlukan empat gol untuk memintas Malaysia bagi merebut kejuaraan. Walaupun negara jiran itu menghadapi tugas berat, namun anak buah K Rajagopal itu tidak boleh mengambil mudah perlawanan di Jakarta nanti.

malaysianblitzMalam tadi, Norsharul Idlan Talaha, yang baru melangsungkan perkahwinan hari Sabtu, muncul sebagai hero pasukan Malaysia kerana membuat hantaran bijak untuk dua gol skuad negara.

Norsharul mencipta gol pertama setelah merampas bola dari Mohammad Nasuha dalam kotak penalti ditepi garisan sebelum mengumpan kepada Safee yang sedia menunggu.

Diumum sebagai striker terbaik dan pemain paling berharga bulan lalu, Norsharul mengulangi sumbangan bijak untuk memberi laluan kepada Ashaari untuk menyumbat gol kedua.

Indonesia, kelihatan lebih berbahaya dalam merangka serangan balas dan peluang terbaik mereka muncul selepas penjaring terbanyak mereka, Christian Gonzales merampas bola dari Amar Rohidan dan melorong bola kepada Yongki Ari Bowo pada minit ke 22.

1 ulasan:

armouris berkata...

tahniah Malaysia! Main bola jangan sampai cedera - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak