Jumaat, 31 Disember 2010

Syed Shahir tewas pemilihan presiden MTUC


syedshahrirOleh Muda Mohd Noor

PETALING JAYA: Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sejak 2004, Syed Shahir Mohamud gagal mempertahankan jawatannya apabila tewas kepada pencabar Mohd Khalid Atan dalam pemilihan presiden di sini hari ini.

Beliau memperolehi 213 undi manakala Khalid mendapat 255 undi. Seramai 479 perwakilan mengundi pagi tadi. Pengumuman keputusan itu dibuat kira-kira jam 8.15 malam.

Sementara jawatan timbalan presiden dimenangi oleh Mohd Jaafar Majid. Abdul Halim Mansor pula memenangi jawatan setiausaha agung.

Bagi jawatan lima naib presiden sektor swasta dimenangi oleh Mohd Roszeli Majid, Mohd Khir Mansor, Wan M Naim Shukri Mohamad, Robert Vijendran Henry dan A Subramaniam manakala sektor awam dimenangi Kam Bee Leng, Rozila Hashim dan Hashim Adnan.

Bagi sektor badan berkanun dimenangi oleh Ahmad Helmi Ibrahim, Zainal Ismail dan S Subramaniam dan jawatan setiausaha agung disandang oleh Samuel Davadson.

Bercakap kepada wartawan Syed Shahir berkata, beliau tidak pasti akan bertanding lagi dalam pemilihan akan datang tetapi beliau akan terus memberi sumbangan kepada MTUC.

Khalid pula berikrar akan meneruskan perjuangan yang dirintis oleh Syed Shahir dan berharap ahli-ahli MTUC kembali bersatu.

Tiada ulasan: