SINAR HARIAN ONLINE
SHAH ALAM – Kerja menaik taraf sistem bekalan air di beberapa kawasan di Wilayah Hulu Langat akan dilaksanakan pada bulan ini.
Pengarah Eksekutif, Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, ia bagi memastikan bekalan air yang dibekalkan kepada pengguna di kawasan tersebut pada tahap optimum dan mencukupi.
Menurutnya, oleh itu, gangguan bekalan air sementara akan berlaku sepanjang pelaksanaan kerja-kerja tersebut di beberapa kawasan.
“Gangguan akan berlaku pada 14 Disember 2010, iaitu pada hari Selasa dari jam 10 malam hingga 2 pagi.
“Ia disebabkan kerja-kerja pencucian Kolam Air Menara Pandan Perdana dan penggantian `Flowmeter BSR` di line 3 dan 4 Loji Rawatan Air Sungai Langat oleh Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB),” katanya dalam satu kenyataan.
Kawasan terlibat ialah Taman Perkasa Indah (Rumah Teres); Kg. Sg. Michu Bt 12 ; Kg. Baru China Bt. 14 Hulu Langat; Sungai Gahal Bt 14; Rumah Murah Bukit Kundang Bt 15; Lot Banglo Depan Loji Langat; Taman Impian Langat; Klinik Batu 14 Hulu Langat; Indah Jaya; Taman Pinggiran Nanding; Lorong Serai 6; Taman Pinggiran Delima; Kg. Melaka; Kuarters Loji Langat; Kg. Jalan Dusun; Sek. Men. Dusun Nanding; Lorong Serai 5; Taman Langat Ceria; Kuari Sg. Long; Taman Titiwangsa; Taman Kenangan 18; Sg. Makau; IKBN Dusun Tua, Taman Desa Sentosa dan Pangsapuri Bukit Kundang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan