Isnin, 6 Disember 2010

Akta perlindungan pemberi maklumat berkuat kuasa mulai 15 Disember

SINAR HARIAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, inisiatif perundangan utama di bawah bidang Keberhasilan Utama Negara bagi menangani rasuah akan mula berkuat kuasa mulai 15 Disember ini, ia diumumkan hari ini.

Akta tersebut diluluskan oleh Dewan Rakyat pada pertengahan tahun ini.

Dengan terlaksananya akta ini, Malaysia telah mematuhi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah dan tidak akan bertolak ansur serta memberi ruang kepada gejala rasuah berlaku, selain menggalakkan lebih ramai orang tampil untuk membuat laporan tentang rasuah, demikian menurut taklimat yang diberikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Semasa membentangkan Bajet 2010 pada Oktober tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan mengenai pembentukan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat untuk menggalakkan pemberi maklumat mendedahkan amalan dan salah laku bersabit rasuah.

Tiada ulasan: