Sabtu, 11 Disember 2010

MPP Zon 3 edar 500 risalah kenaikan 37 peratus tarif air

SELANGOR KINI

SUNGAI BESAR – Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 3 mengedarkan sebanyak 500 risalah kepada pengunjung di Pasar Pagi Sungai Besar, dalam usaha memberikan maklumat kepada orang ramai mengenai hasrat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mahu menaikkan tarif air sebanyak 37 peratus.

Program yang mendapat kerjasama Skuad Komunikasi Selangor (SKS), Parlimen Sungai Besar itu memberi input tambahan kepada orang ramai mengenai pendirian kerajaan negeri terhadap isu air di Selangor.

Pegawai penyelaras komunikasi Selangor, Akhbar Ali Bathurdeen berkata, usaha itu akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk meraih sokongan rakyat Selangor khususnya di daerah Sabak Bernam.

Jelasnya, SKS akan terus aktif menyampaikan maklumat dari semasa ke semasa melalui kaedah terbaik supaya mesej yang ingin diberikan sampai kepada orang ramai.

5 Disember lalu, kerajaan negeri diketuai Menteri Besar Selangor telah menyerahkan memorandum bantahan kenaikan tarif air oleh Syabas kepada yang Dipertuan Agung Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Penyerahan memorandum itu menyaksikan lebih 15,000 rakyat negeri Selangor berpakaian baju merah hadir memberikan sokongan kepada usaha kerajaan negeri membantah kenaikan harga air yang direstu kerajaan persekutuan Umno-Barisan Nasional.

Polis menahan lebih 70 orang manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia

Walaubagaimanapun, Tan Sri Khalid dan pemimpin Pakatan Rakyat lain berjaya menyampaikan memorandum itu kepada wakil Istana Negara sebagaimana yang dirancangkan.

Tiada ulasan: