Sabtu, 4 Disember 2010

Keputusan gantung luar biasa - Anwar

Aziz Muda

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penggantungannya daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan jika berkuatkuasa hari ini adalah luar biasa.

Ini, katanya kerana keputusan tersebut berkaitan dengan isu Apco yang sepatutnya dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang memerlukan beliau dipanggil untuk memberi keterangan dan membela diri.

Bagaimanapun, kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau tidak pernah dipanggil untuk berbuat demikian tetapi keputusan tersebut dibuat berdasarkan ucapannya semasa perbahasan di Dewan Rakyat.

"Pada saya, tindakan yang dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen itu jelas menafikan hak saya selaku orang yang dituduh. Ini merupakan satu tindakan yang jelas menghina Parlimen dan mengaibkan Parlimen yang mulia," katanya pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, petang ini.

Menurut beliau, tindakan yang dibuat oleh Jawatankuasa itu juga tentunya turut menimbulkan tanda tanya lain kepada pelbagai pihak kerana ia menggambarkan Apco bagaikan begitu berkuasa, ekoran dakwaan yang dibuat oleh beliau mengenai syarikat pelobi pro-Israel antarabangsa itu selama ini.

Dalam persidangan Parlimen, Anwar pernah mendedahkan bahawa kerajaan Umno BN mengupah Apco Worldwide dalam menjalankan misinya dalam komunikasi.

Selain itu, beliau juga mendakwa Apco turut terbabit dalam usaha menggubal slogan 1Malaysia yang dikaitkan dengan slogan 1Israel yang diguna pakai oleh rejim Zionis. Dalam ucapannya di Dewan Rakyat, beliau memberikan pelbagai contoh ketara untuk menunjukkan persamaan antara 1Malaysia dan 1Israel.

Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak membayar lebih RM70 juta sebagai upah kepada Apco untuk khidmatnya itu selain memperbaharui kontrak syarikat itu.

Pada 8 Jun lalu, Anwar telah dipangil oleh Jawatankuasa tersebut berhubung dakwaan beliau bahawa konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Najib itu sebenarnya diceduk daripada slogan One Israel di bawah pimpinan Perdana Menteri Ehud Barak pada 1991.

Namun untuk tindakan selanjutnya, beliau tidak pula dipanggil untuk memberikan keterangan yang lebih jelas. Begitu juga dengan usul yang dikemukakan oleh beliau untuk membincangkan perkara itu secara khusus sering ditolak oleh Dewan Rakyat.

Dalam persidangan Dewan Rakyat, Anwar bagaimanapun terus juga memperkatakan perkara itu jika berpeluang bagi membolehkan ia dibincangkan dengan lebih lanjut, memandangkan pembabitan Apco dengan tindakan kerajaan merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh mengundang bahaya kepada negara.

Persidangan Dewan Rakyat bagi tahun ini masih lagi berlangsung. Ia dijangka berakhir sekitar dua minggu lagi. Manakala sesi Parlimen baru dijadualkan bermula 7 Mac tahun depan.

Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh, peguam Anwar dan Mohamed Azmin Ali.

18 ulasan:

Hosie Masie berkata...

Tidak perlu menafikannya keputusan yang berkuasa. Kita tidak tahu kebenaran dalam hal ini.

Tanpa Nama berkata...

Anwar mmg patut digantung, ia hnya tau membuat kecohj.

Tanpa Nama berkata...

jika Anwar melanggar peraturan atau kesalahan maka tidak hairan jika digantung daripada menghadiri Dewan Rakyat.

Tanpa Nama berkata...

sebelum ini Ezam Mohd. Noor telah mengumpulkan segala bukti mengenai kaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin2 Yahudi. antara dokumen tersebut termasuk satu surat yang membuktikan Anwar sanggup menjadi boneka kepada Israel demi menutup skandal Wolfowitz walaupun umum mengetahui bekas Presiden Bank Dunia itu merupakan bangsa Yahudi yang bertanggungjawab menjadi arkitek perang Iraq sehingga membunuh ratusan ribu umat Islam di negara tersebut.

Tanpa Nama berkata...

sebelum ini Apco sendiri telah berulang kali menafikan mereka terbabit dalam merangka gagasan dan konsep 1Malaysia tetapi Anwar masih berkeras dengan pendiriannya sedangkan beliaulah yang menggunakan khidmat syarikat pelobi yang ditunjangi warga Yahudi semasa menjadi TPM dahulu. Semasa menjawat jawatan TPM dahulu beliau sendiri bersekongkol dengan APPC yang diterajui oleh bangsa Yahudi dan sejumlah besar peruntukan digunakan bagi tujuan tersebut khususnya bagi meningkatkan imejnya.

Anak Sabah berkata...

Diharapkan perkara ini boleh diselesaikan dengan baik.

Unknown berkata...

Peluang membela diri pun tidak dikasi, apa muslihatnya?

Unknown berkata...

Inilah yang berlaku jika pembangkang tidak kuat.
Lebih besar penindasan terhadap Anwar secara tidak adil, semakin banyak simpati dari rakyat terhadapnya.

Paquin berkata...

Takda yang luar biasa kalau memang patut digantung. hehhee

Paquin berkata...

Jadikan hal ni sebagai pengajaran dan jangan buat hal lagi! hehe

maya berkata...

bagus kita kurung Anwar macam Aung San Syuki supaya dia tidak boleh keluar selama-lamanya dari rumah dia...dia suka bercakap macam-macam yang tidak betul..1 Malaysia 1 Israel...secara rasional, ia adalah motif jahat memesongkan fikiran rakyat supaya percaya dengan benda-benda karut tu...

maya berkata...

apa saja yang diutarakan pembangkang sebenarnya bagus dan boleh dianggap positif kepada pembangunan negara...cuma kadangkala cakap yang diluar batasan dan tiada tapis sehingga mencemarkan negara Malaysia dengan dakwaan 1Israel tu tidak berasas..adakah Malaysia boleh disamakan dengan Israel? Pernahkah Malaysia serang negara lain untuk mencapai agendanya? Isu APCO ni..lebih bermaksud Malaysia menyebelahi mana-mana negara dalam sifat ikhlas untuk bersahabat secara rasmi. kalau kita tidak bersahabat dan mengujudkan hubungan dagang dengan negara lain...bagaimana M'sia nak maju? sikap berkecuali yang M'sia amalkan inilah menjadikan negara kita dihormati dan diiktiraf sebagai negara islam yang maju di dunia...

dlines berkata...

bagus juga umno/bn buat macam tu,supaya senang le kita semua memperbodohkan rakyat,

dlines berkata...

bagus juga umno/bn buat macam tu,supaya senang le kita semua memperbodohkan rakyat,

Unknown berkata...

Keputusan mengantung Anwar harus dijalankan dengan adil dan telus, satu hari nanti rakyat akan menghakim tindakan yang tidak adil ini.

captain berkata...

Jika Anwar sudah melangar peraturan, kenapa takut nak beri peluang beliau untuk membela?

kb girl berkata...

Jika Anwar ditindas berterusan, ini cuma membina imej beliau sebagai seorang 'hero' yang menentang regim melampau.

Antanum berkata...

Biarkan anuar dengan dunianya. Beliau sudah hilang arah dan tidak lagi berpijak di bumi yang nyata!