Ahad, 5 Disember 2010

Himpunan air: Polis tahan Adun Kota Damansara

TERKINI @ 02:54:02 PM
Oleh Boo Su-Lyn


KUALA LUMPUR — Adun Kota Damansara Dr Nasir Hashim ditahan oleh pihak polis di kawasan KL Sentral ketika beliau dalam perjalanan untuk menyertai himpunan protes air Selangor di pekarangan Masjid Negara di sini.

Ahli majlis Shah Alam Sivarajan dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arulchelvam juga ditahan, kata pembantu peribadi kepada Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa, Peter Chong.

“Dr Nasir, Sivarajan dan Arul telah ditahan di KL Sentral,” kata Chong kepada pemberita di sini. “Mereka dibawa ke ibu pejabat polis di Cheras,” katanya.

“Selepas (peserta umat Islam) selesai bersolat, kami akan bergerak ke Istana Negara,” kata Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang kepada The Malaysian Insider hari ini.

Peserta-peserta himpunan protes air melaungkan “Hancurkan Syabas”, “Hancurkan Umno” dan “Hancurkan BN”.

Mereka berusaha untuk menghimpukan sekitar 20,000 peserta.

“Sasaran kami ialah 20,000 orang,” kata anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Dr Badrulamin Bahron kepada The Malaysian Insider.

Kempen “Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat” anjuran Selangor sejak 13 November lalu telah melepasi sasaran menghimpunkan lebih 100,000 tandatangan.

Tiada ulasan: