SHAH ALAM– Program Generasi Idaman Selangor atau GeMS yang dianjurkan kerajaan negeri baru-baru ini mendapat sokongan rakyat dalam usaha menangani masalah gejala sosial di kalangan belia khususnya di Selangor.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri atau DUN Taman Templer, Mohamad Abd Rahman berkata, GeMS kini bukan sahaja mendapat sokongan golongan belia malah turut diterima dan mendapat kerjasama pelbagai agensi swasta termasuk ketua kampung, nazir masjid di daerah gombak tanpa mengira latar belakang politik.
Menurut Mohamad Abd Rahman, sambutan dan kerjasama yang ditunjukkan masyarakat setempat pada program ini jelas memperlihatkan rakyat kini bijak menilai manfaat sesuatu perkara tanpa mengira parti dan kaum.
“GeMS kali ini juga telah mencatatkan sejarah tersendiri dengan penglibatan golongan remaja dan beliawanis melalui penubuhan briged amal bagi peringkat kawasan Gombak,” kata Mohamad.
Jelas Mohamad Abd Rahman, Program GeMS yang berlangsung di Dataran Stadium Majlis Perbandaran Selayang atau MPS ini juga diwujudkan bagi membantu golongan belia ke arah kebajikan melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.
Tambah Mohamad, GeMS merupakan program yang terbaik kerajaan negeri ini mampu melahirkan generasi idaman Selangor yang bebas daripada segala bentuk gejala sosial dan seterusnya menjadi modal insan cemerlang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan