Selasa, 7 Disember 2010

Anwar nafi pembangkang antinasional

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata golongan yang menentang kerajaan selama ini bukannya antinasional.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu berkata terdapat perbezaan antara anti nasional dan perjuangan menentang penyelewengan, jenayah dan rasuah yang berlaku.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Semalam, ketika berucap pada Konvensyen Barisan Nasional, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pembangkang sebagai anti nasional dan sanggup melakukan apa saja termasuk memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara bagi mencapai matlamat mereka

Tiada ulasan: