Isnin, 19 April 2010

JALAN KG GUNTING/MANGGAU MILIK SIAPA?


GAJAH... Mungkin gajah lebih layak menuntut jalan ini kerana JKR dan Majlis Daerah menafikan jalan ini milik mereka!

Oleh: HJ.WAHAB TIMPAI.


APABILA melihat keadaan jalan menuju ke kampung kelahiran saya, berbisik pula di dalam hati apakah peranan dan fungsi dua agensi kerajaan iaitu Majlis Daerah (MDT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Tenom kerana kedua-dua agensi ini mempunyai Menteri mengepalai kementerian masing-masing.

Apa yang perlu dipaparkan di Sabahkini.net ialah terdapat banyak jalan di kampung-kampung kawasan Dun Melalap termasuk jalan kampung kelahiran saya di kampung Gunting/Manggau, Tenom, yang dibina era pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) terus terbiar sehingga sekarang.

Masalah yang timbul jalan yang maksud itu tidak ada penyelengaraan langsung seperti kelihatan dalam gambar selepas saja pihak Majlis Daerah menswastakannya.

Persoalan sekarang, dalam proses kelulusan pembinaan projek jalan itu peruntukan DUN itu disalurkan ke jabatan mana? Apakah pembayaran projek itu secara pintu belakang atau melalui cara yang sah di Pejabat Daerah Tenom?

Bukannya menuding jari kepada mana-mana kementerian tetapi, tolong perjelaskan kepada rakyat, sama ada pembinaan jalan-jalan setiap pilihan raya diadakan, kerajaan tidak bertanggungjawab selepas itu.

Rakyat terkeliru dengan cara ini kerana apabila dirujuk kepada Majlis Daerah dan JKR jalan terbiar ini tiada dalam rekod di jabatan masing-masing.

Justeru itu, dalam perkara ini siapa yang dipersalahkan? Sama ada kelemahan ini berlaku kerajaan atau jabatan.

Tiada ulasan: