Khamis, 25 Februari 2010

Simbah Cat dan Umno

Oleh Masdar Wahid


KUALA LUMPUR : Rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang, Kedah, Syed Sobri Syed Hashim, di Taman Malaysia, disimbah cat merah, dipercayai perbuatan khianat malam tadi.

walaubagaimanapun, kejadian hanya disedari Adun Umno itu kira-kira jam 7 pagi tadi ketika membuka pintu pagar rumahnya.
Beliau terkejut apabila mendapati tompokan cat merah pada tembok dan pintu pagar rumahnya.

Syed Sobri ialah antara calon Umno/BN yang hampir tumbang dalam Tsunami politik pada pilihanraya umum (PRU), 8 Mac 2008.

Beliau sekadar meraih majoriti 805 undi pada tahun 2008 berbanding majoriti BN pada PRU sebelumnya sebanyak 1,310 undi.

Calon PAS/PR pada PRU 8 Mac 2008, mendapat 7,051 undi.

Tindakan menyimbah cat merah bukan sesuatu yang baru dalam budaya Umno kerana sebelum ini perkara seumpama itu pernah berlaku yang dipercayai bermotifkan politik.

Sebelum ini, Rumah bekas Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar dan pejabat Ketua Pergerakan Wanita UMNO Johor, Halimah Sadique, dibaling cat merah oleh pihak tidak bertanggungjawab dan dipercayai bermotifkan politik.

Turut berlaku kepada pemimpin Umno sebelum ini ialah poster Pengerusi BN Perak, Zambry Abdul Kadir dan ketika itu dipercayai angkara sekumpulan puak yang tidak berpuashati dengan beliau.

Tiada ulasan: