Jumaat, 26 Februari 2010

Selangor Bina Prasarana Anjak Pembangunan I-City

TV SELANGOR


Dalam usaha membangunkan Selangor dari negeri perindustrian kepada negeri berteknologi tinggi, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggerakkan segenap sumber kerajaan negeri untuk menganjak pembangunan bandar teknologi, I-City.

Tan Sri Khalid berkata kerajaan negeri bersedia untuk mengeluarkan dana negeri, dan mencari pelaburan swasta untuk menjayakan hasrat ini.

Pembinaan prasarana diberi penekanan tinggi, khususnya sistem jaringan pengangkutan tanpa tol, menghubungkan I-City kepada bandar-bandar utama Selangor.

“Kerajaan negeri telah memutuskan untuk elevate link ke kawasan ini, link ini akan memudahkan perjalanan trafik ke kawasan ini (I-City), kita mengkaji pelbagai pilihan. Sudah tentu pembinaan link ini sepatutnya dibina dalam Rancangan Malaysia tetapi dalam menunggunya kami telah meminta sama ada mengutip dana dari pelabur di sini atau melihat kemungkinan kerajaan negeri mengeluarkan dana bersama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Selangor (PKNS),”katanya.

Khalid berkata demikian pada sidang medianya selepas melancarkan Kampus Usahawan I-City, Shah Alam hari ini.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata, syarikat Plug and PlayTech Centre akan mula beroperasi di I-City dan kedatangan syarikat ini dilihat dapat merealisasikan usaha menjadikan Universiti Industri Selangor (UNISEL) sebagai induk melahirkan bakat dibidang IT.

“Kerjasama antara I-Cty, PKNS dan Plug and Play membolehkan syarikat itu beroperasi di Shah Alam. Saya rasa mereka telah mengenalpasti I-City sebagai tempat untuk menempatkan pejabatnyas.

“Saya rasa dengan kedatangan mereka oleh itu PKNS, I-City dan juga SSIC akan membawa input tempatan termasuk universiti dan kita kenalpasti UNISEL sebagai institusi teras dan ia telah bersedia untuk menandatangani memorandum persefahaman antara I-City dan UNISEL sejak dulu dan hanya tunggu implimentasi,”katanya.

Khalid berkata walaupun pelbagai kritikan diterima terhadap pimpinan kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat namun jelas pelaburan di Selangor mengatasi jangkaan dan merupakan negeri pertama yang berjaya menarik paling banyak nilai pelaburan.

Selangor mencatatkan peningkatan jumlah pelaburan yang diluluskan pada tahun lepas kepada 302 projek perkilangan bernilai RM11.87 bilion berbanding dengan 318 projek bernilai RM11.18 bilion pada tahun 2007.

“Mengikut teorinya, berdasarkan angka unit pelaburan dari syarikat berlainan saya rasa Selangor adalah negeri pertama, kerana kalau tolak unit kecairan yang dilaburkan Sarawak saya rasa sangat sedikit berbandingg kejayaan Selangor dalam pelaburan,”katanya.

Tiada ulasan: