KEMAMAN - Kepimpinan PAS hari ini merupakan rakan Pakatan Rakyat yang cukup baik dan rapat dalam menjalinkan kerjasama politik dengan kepimpinan parti-parti lain dalam komponennya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Triang, Leong Ngah Ngah berkata semua pihak sekarang ini mahu berkawan dengan PAS.
Katanya, selama ini orang Cina beranggapan Umno merupakan sebuah parti yang baik.
Tetapi sebenarnya, kata Leong Ngah Ngah PAS yang lebih baik dan Umno cukup jahat kepada rakyat dan politik negara ini.
“Pimpinan PAS sekarang rakan Pakatan Rakyat yang cukup rapat dan baik. Semua kita mahu kawan dengan PAS.
“Contoh, pakatan kita yang baik dan rapat berlaku dalam kerajaan di negeri Selangor, Pulau Pinang, Perak dan lain-lain,” jelasnya.
Menurutnya, rakyat wajar membuat pilihan serta pertimbangan dalam memilih parti yang boleh diharapkan.
Katanya, pentadbiran negara ini tidak akan menjadi baik selagi kompunan kerajaan Barisan Nasional (BN) masih memerintah.
“Jika kita (rakyat) terus sokong Umno, MCA, MIC dan Gerakan untuk memerintah negara kita tidak akan jadi baik.
“Apa yang kita (Pakatan Rakyat) ada, dia (Barisan Nasional) tidak ada iaitu kepimpinan yang bersih dan bebas rasuah,” ujarnya.
Menurutnya, pimpinan BN sendiri tidak ‘bersih’ macam mana hendak suruh orang (rakyat) bersih (tidak rasuah).
Tambahnya lagi, Pakatan Rakyat merupakan satu pakatan yang cukup baik dan bersih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan