Khamis, 10 September 2009

KSN pertahan setiausaha k'jaan Perak

Hazlan Zakaria


Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan mempertahankan tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim sewaktu berlakunya perebutan kuasa antara BN dan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Dalam krisis tersebut, Abdul Rahman dikecam kerana dilihat pro-BN, walaupun ramai yang menganggap Pakatan masih lagi mentadbir kerajaan negeri, kecuali dewan undangan negeri dibubarkan.

Menurut Sidek, setiausaha kerajaan negeri itu "mengikut peraturan sebagai seorang kakitangan awam. Saya juga mungkin melakukan perkara yang sama. Sebagai kakitangan awam, anda perlu melakukan apa yang anda fikir betul dalam keadaan yang berlaku, mengikut peraturan."

Sidek menegaskan demikian sewaktu diwawancara Malaysiakini di pejabatnya di Putrajaya Selasa lalu.

Dalam wawancara tersebut, Malaysiakini bertanya mengenai tanggapan wujudnya layanan berat sebelah perkhidmatan awam terhadap negeri-negeri yang dikuasa Pakatan, dan dilihat setia kepada kerajaan pusat yang ditadbir oleh BN.

Tiada ulasan: