Ahad, 26 Julai 2009

Uthaya bertemu adiknya di London

MALAYSIA KINI


Selepas hampir dua tahun, bekas pemimpin Hindraf, P Uthayakumar berjaya mendapatkan semula pasportnya dari pihak berkuasa dan kini berada di London untuk tempoh selama seminggu.

Uthayakumar dijadual menjalani rawatan otot jantung. Beliau disambut adiknya, P Waythamoorthy setibanya di lapangan terbang Heathrow, London semalam.

uthayakumar hindraf hrp london 250709Ini adalah kali pertama dua beradik itu bertemu semula sejak November 2007, selepas Waythamoorthy hidup dalam buangan di London bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

Waythamoorthy juga sedang menjalani rawatan di London bagi sejenis penyakit yang jarang berlaku.

Sejurus selepas Waythamoorthy berlepas ke luar negara, Uthayakumar dan empat lagi pemimpin Hindraf ditahan di bawah ISA kerana didakwa mencetuskan isu perkauman.

Pada bulan April tahun ini, kelima-lima mereka dibebaskan selepas ditahan tanpa bicara di bawah ISA selama 514 hari.

Mahkamah serah balik pasport

Bagaimanapun, Uthayakumar tidak dapat ke luar negara kerana sebagai syarat jaminan pada November 2007, Mahkamah mengarahkannya menyerahkan pasportnya.

Bagaimanapun, pada 10 Julai tahun ini, Mahkamah Tinggi membatalkan syarat tersebut.

Polis pergi ke rumah Uthayakumuar awal pagi semalam dan sekaligus mencetuskan kebimbangan sama ada beliau akan dibenarkan menaiki pesawat ke London.

Baru-baru ini, Uthayakumar telah menubuhkan Parti Hak Asasi Manusia (HRP) manakala Waythamoorthy akan terus memimpin pergerakan Hindraf.

Tiada ulasan: