Isnin, 27 Julai 2009

Gula berkurangan di Kelantan

KOSMO!


Nooriani menunjukkan tempat simpanan gula di kedainya yang kosong selepas terputus bekalan gula di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Penduduk di Kelantan yang sinonim dengan makanan manis kini terpaksa mengubah selera memandangkan bekalan gula yang semakin berkurangan di negeri itu.

Peniaga dan pengguna mendakwa bekalan gula berkurangan di Kelantan sejak seminggu lalu dan mereka bimbang masalah tersebut berlarutan sehingga Ramadan ini.

Tinjauan Kosmo! di beberapa buah pasar raya dan kedai runcit di bandar ini turut mendapati kebanyakannya telah kehabisan bekalan gula.

Seorang peniaga, Nooriani Mohd. Salleh, 34, berkata, bekalan gula di kedainya habis sejak Khamis lalu selepas dua pemborong utama gula di bandar ini mendakwa mereka tidak mendapat bekalan gula.

Katanya, dia bimbang masalah kekurangan gula berlarutan sehingga Ramadan ini memandangkan keperluan gula agak tinggi pada bulan tersebut.

Tiada ulasan: