Ahad, 12 Julai 2009

Siswazah tipu siswazah - Golongan terpelajar dalang penipuan agensi pekerjaan

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID


PUTRAJAYA - Kesukaran memperoleh pekerjaan yang menepati kelulusan mendorong segelintir siswazah bertindak menjadi tali barut sindiket penipuan agensi pekerjaan dengan sasaran mereka adalah daripada kalangan siswazah menganggur sendiri.

Modus operasi mereka ialah menggunakan kemahiran komunikasi untuk memperdayakan mangsa membayar wang pendahuluan bagi mendapat pekerjaan tetap.

Hasil siasatan Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) mendapati beberapa agensi terlibat menggunakan khidmat graduan dengan operasi mereka bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi juga di beberapa negeri lain.

Ketua Pengarah JTK, Datuk Ismail Abdul Rahim berkata, majoriti mangsa tertipu kerana tidak membuat penyelidikan mengenai status agensi pekerjaan terbabit.

"Mereka mencari mangsa secara terang-terangan di kawasan awam dengan meminta duit pendahuluan kononnya untuk sesi kaunseling yang sebenarnya tidak wujud,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Ismail yakin semua agensi terbabit beroperasi secara haram selepas mereka didapati tidak berdaftar dengan JTR.

Tiada ulasan: