SIASAH DAILY
SHAH ALAM : Para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor tidak mahu membuat sebarang penjelasan mengenai kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock atas arahan pihak atasan.
Usaha para pimpinan Pakatan Rakyat bertemu dengan mereka di Tingkat 14, Plaza Masalam tidak mendatangkan sebarang hasil kerana mereka diarahkan tutup mulut.
Demikian beritahu Dr Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang menyertai Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Lim Kit Siang ke pejabat SPRM Selangor pagi tadi.
Mereka berempat telah dibenarkan oleh polis dan SPRM untuk naik ke pejabat SPRM di tingkat 14 dan mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan SPRM namun tidak mendapat sebarang hasil kerana mereka tidak boleh membuat sebarang kenyataan.
Para pemimpin PAS, DAP dan PKR memenuhi perkarangan Plaza Masalam sejak semalam sebaik sahaja tersebarnya berita kematian Teoh.
BERITA BERKAITAN
Pakatan tuntutan Suruhanjaya Diraja
SHAH ALAM : Kerajaan didesak menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
Desakan itu datang serentak dengan kedatangan berpusu-pusu para pemimpin dan orang ramai ke kawasan kejadian itu di Plaza Masalam, Shah Alam.
Cubaan polis untuk menyekat mereka gagal bahkan polis diboo oleh mereka.
Beberapa orang pemimpin Pakatan telah ditangkap polis di samping beberapa orang yang turut diseret dengan kasar di depan wartawan dan jurugambar.
Teoh, 30, SU Politik kepada Ean Yong Hian Wah Exco kerajaan Selangor dari DAP, mati selepas jatuh dari pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan itu ke bumbung sebuah bangunan lima tingkat di sebelahnya.
Beliau yang sepatutnya mendaftarkan perkahwinan hari ini dibawa ke pejabat SPRM dua hari lepas dari bangunan SUK Selangor untuk siasat SPRM.
SPRM berkata, dia mula disoal siasat jam 5.30 petang sehinggalah ke 3.45 paginya.
Teoh didapati jatuh dari plaza itu jam 1.30 petang semalam dan mati di tempat kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan