Sabtu, 26 September 2020

PRN Sabah: Semua petugas KKMM wajib jalani ujian saringan Covid-19

 SUARA MERDEKA

Petugas yang balik ke Semenanjung wajib jalani ujian saringan Covid-19

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, arahan itu dikeluarkan semalam sebagai langkah berjaga-jaga dan inisiatif KKMM walaupun setakat ini, Kementerian Kesihatan (KKM) belum mewajibkan lagi petugas yang pulang dari Sabah untuk melakukan ujian tersebut.

“Kita ada ramai petugas yang dihantar dari ibu pejabat ke Sabah khususnya mereka yang dalam bidang penyiaran, berita dan penerangan untuk membantu rakan di sana kerana faktor demografi negeri itu yang terlalu luas.

“Ada petugas yang balik dari Sabah telah mengambil inisiatif membuat ujian dan didapati negatif.

“Bagaimanapun masih ramai lagi petugas kita yang berada di sana dan kita harus berwaspada,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Latihan YouTube Zon Pantai Timur, hari ini.

Tiada ulasan: