Ahad, 13 September 2020

PRN Sabah: Helikopter jadi pilihan

Ekhwan Haque Fazlul Haque
 
GAMBAR hiasan.

Kota Kinabalu: Helikopter antara mod pengangkutan pilihan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ekoran geografi yang sukar dilalui kenderaan darat.

Jadi, tidak hairan ada calon dalam PRN Sabah menggunakan pengangkutan udara itu untuk berkempen khususnya di pedalaman.

Walaupun kos tinggi, namun mereka tiada pilihan kerana terpaksa berkempen di banyak lokasi dalam satu hari.

Jurucakap sebuah syarikat penyedia perkhidmatan helikopter di Sabah berkata, kos antara RM4,500 hingga RM30,000 dikenakan untuk satu jam penerbangan.

Katanya, kos itu bergantung kepada jenis helikopter yang mahu digunakan calon berkenaan selain kapasiti penumpang.

"Kami memiliki sembilan helikopter dan menawarkan perkhidmatan kepada calon untuk diterbangkan ke kawasan pedalaman.

"Penggunaan helikopter ketika berkempen bukan sesuatu yang baharu kerana ada kawasan yang mengambil masa yang lama untuk tiba jika menggunakan jalan darat," katanya kepada NSTP, hari ini.

Beliau berkata, sebelum ini syarikat berkenaan perlu menyewa helikopter dari Filipina bagi menampung permintaan yang tinggi.

Namun, katanya, PRN kali ini hanya helikopter syarikat berkenaan digunakan memandangkan sempadan udara juga masih ditutup daripada penerbangan luar ekoran Covid-19.

Tiada ulasan: