Sabtu, 19 September 2020

Gelang kuarantin ada banyak warna, kata KP Kesihatan

twitter sharing buttonKetua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, gelang kuarantin mungkin 
berwarna putih, biru, merah atau kuning.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini berkata, “gelang kuarantin” mempunyai banyak warna, bukan hanya merah jambu seperti dipercayai umum.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, gelang itu mungkin berwarna putih, biru, merah atau kuning.

“Warnanya tertakluk kepada stok yang ada di sesuatu kawasan dan ditentukan oleh pegawai kesihatan daerah berkenaan,” katanya di Twitter.

Pada gelang tersebut akan dicatatkan tempat dan tarikh saringan perubatan dibuat. Pemakainya dikehendaki berada di rumah sehinga tempoh pengasingan kendiri selama 14 hari tamat.

“Pejabat Kesihatan Daerah akan menanggalkan gelang tersebut apabila tempoh kuarantin tamat,” katanya.

Noor Hisham berkata, laporan polis hendaklah dibuat terhadap mana-mana orang yang didapati melanggar prosedur bagi menyekat jangkitan.

Pada Ogos, seorang wanita berusia 72 tahun dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM8,000 selepas gambar menunjukkan beliau, yang memakai gelang berkenaan, makan di sebuah restoran tular.

Beliau mengaku bersalah melanggar perintah kuarantin di rumah.

Tiada ulasan: