Sabtu, 26 September 2020

Calon BN DUN Pitas positif Covid-19

 SUARA MERDEKA

CALON Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pitas Sufian Abd. Karim positif Covid-19.

Sufian membuat pengumuman tersebut selepas mendapat keputusan ujian saringan Covid-19 sebentar tadi.

“Saya memohon maaf kepada semua pengundi, para petugas, jentera, rakan-rakan dan saudara-mara yang telah membantu sepanjang tempoh berkempen.

“Doakan semoga saya diberi kekuatan menghadapi ujian ini dan diberi kesembuhan yang segera,” kata Sufian.

Beliau meminta semua pihak semua yang pernah bersamanya sepanjang kempen untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Dia juga meminta mereka membuat ujian saringan Covid-19 dengan segera.

“Maaf atas segala kesulitan. Semoga ia tidak mematahkan semangat kita dalam perjuangan ini,” kata Sufian.-SM

Tiada ulasan: