Jumaat, 7 April 2017

Datuk Seri Vida sah bercerai talak satu

 Bernama


IPOH: Perkahwinan selama tiga tahun pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Hasmiza Othman dengan suaminya Fairuz Ahmad Zainuddin berakhir hari ini apabila pasangan itu sah bercerai di Mahkamah Syariah di sini.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, 46, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata beliau dan suami hadir di mahkamah pagi tadi untuk proses lafaz cerai.

“Semuanya selesai dan kami sah bercerai dengan talak satu…Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ditanya mengenai punca perpisahan mereka, Vida hanya menjawab ringkas jodohnya dengan bekas suami tidak panjang dan perpisahan itu sangat terkesan baginya.

Vida berkata permohonan penceraian mereka difailkan baru-baru ini di mahkamah yang sama.

Vida bernikah dengan Fairuz, 39, pada Januari 2014, yang juga perkahwinan ketiga ahli pernigaan itu.
-Bernama

Tiada ulasan: