Sabtu, 15 April 2017

Bersatu Adalah Parti Miskin Untuk Orang Miskin April 14, 2017 by Caspian Category: editor Dipihak pro kerajaan, ramai yang menuduh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merupakan sebuah parti yang mempunyai dana yang banyak. Tuduhan mereka ini bersandarkan kepada penguasaan Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam parti itu serta dianggotai oleh mereka yang sudah berjaya dalam bidang masing-masing. Hakikat sebenarnya, Bersatu sebenarnya adalah sebuah parti yang baru sahaja ditubuhkan sekitar 6 bulan yang lalu. Menyebut parti baru, sudah tentunya parti ini tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh seperti yang didakwa. Andai Bersatu benar-benar sebuah parti yang kaya, tidak perlulah parti ini menyertai Pakatan Harapan kerana mereka juga ingin meminta bantuan samada dari segi sokongan mahupun kewangan dari Pakatan Harapan. Sebenarnya, Tun M menubuhkan Bersatu adalah untuk membela nasib golongan miskin di luar sana. Ini kerana, UMNO dan BN sendiri merupakan parti orang-orang kaya dan tidak ada sebuah parti yang mampu membela nasib orang miskin. Dengan sumber kewangan yang tidak menentu, Bersatu berdiri di atas usaha mereka yang miskin bagi membela nasib orang-orang miskin. Inilah dasar sebenar perjuangan Bersatu dalam arus politik Malaysia.

Suara Kebenaran



Dipihak pro kerajaan, ramai yang menuduh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merupakan sebuah parti yang mempunyai dana yang banyak. Tuduhan mereka ini bersandarkan kepada penguasaan Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam parti itu serta dianggotai oleh mereka yang sudah berjaya dalam bidang masing-masing.

Hakikat sebenarnya, Bersatu sebenarnya adalah sebuah parti yang baru sahaja ditubuhkan sekitar 6 bulan yang lalu. Menyebut parti baru, sudah tentunya parti ini tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh seperti yang didakwa.

Andai Bersatu benar-benar sebuah parti yang kaya, tidak perlulah parti ini menyertai Pakatan Harapan kerana mereka juga ingin meminta bantuan samada dari segi sokongan mahupun kewangan dari Pakatan Harapan.

Sebenarnya, Tun M menubuhkan Bersatu adalah untuk membela nasib golongan miskin di luar sana. Ini kerana, UMNO dan BN sendiri merupakan parti orang-orang kaya dan tidak ada sebuah parti yang mampu membela nasib orang miskin.

Dengan sumber kewangan yang tidak menentu, Bersatu berdiri di atas usaha mereka yang miskin bagi membela nasib orang-orang miskin. Inilah dasar sebenar perjuangan Bersatu dalam arus politik Malaysia.


Tiada ulasan: