Jumaat, 7 April 2017

Batal Anjur F1 Ibarat Menggadai Maruah Negara – Tun Mahathir

Suara Kebenaran




Keputusan pentadbiran Najib hari ini untuk membatalkan penganjuran sukan F1 di negara kita pada tahun 2018, adalah satu lagi keputusan tidak realistik dibuat oleh kerajaan kleptocracy yang memimpin Malaysia hari ini kata penasihat HARAPAN, Tun Mahathir Mohammad.

Menurut Tun Mahathir, ada negara sanggup berperang untuk mendapatkan hak penganjuran F1 tapi Malaysia dibawah Najib, menolaknya begitu sahaja.

Alasan pulangan tidak setimpal dengan kos penganjuran, adalah alasan yang tidak boleh diterima akal.  Dalam hal seperti ini, maruah negara selaku penganjur adalah jauh lebih mahal dari berapa juga kos penganjuran F1.  Maruah mana boleh diukur dengan wang ringgit katanya lagi.

Lagipun bukan rugi semua, sepanjang hampir 20 tahun penganjurannya, F1 telah banyak membawa keuntungan kepada negara ini, kalau tak wang ringgit, promosi pelanconganlah.

Maka Tun Mahathir akan mengutus surat kepada supermo F1, Bernie Eccelstone supaya membeku sementara permohonan Najib untuk membatalkan penganjuran F1 di negara ini dan menunggu sehingga kerajaan baru mengambil alih pada 2018.

Selaku penasihat HARAPAN, Tun Mahathir yakin kerajaan baru yang bakal mengambil alih nanti, akan terus menganjurkan perlumbaan ini di bumi Malaysia demi maruah negara.

Tiada ulasan: