Rabu, 25 November 2015

'Kevin beri saya maklumat siasatan individu berpengaruh'

Koh Jun Lin


 


Adik lelaki Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais yang mati dibunuh, Charles Suresh Morais, mendakwa bahawa beliau memiliki pen drive yang diberi oleh abangnya sebelum beliau menghilangkan diri.

"Ia kini selamat di Amerika Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada saya berhubung akuan sumpah berkanun ini.

"Kandungan pen drive itu dengan jelas dan tanpa ragu-ragu mendedahkan bahawa Kevin telah diarahkan melakukan sesuatu sebelum kematiannya yang dikaitkan dengan seseorang personaliti yang berkuasa di Malaysia," kata Charles dalam akuan sumpah berkanun hari ini.

Charles berkata demikian pada di sidang media di pejabat peguamnya Americk Sidhu, di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, Kevin sebelum dilaporkan hilang sedang dalam proses menyiapkan kertas pertuduhan itu, ketika bertugas di Jabatan Peguam Negara.

Beliau juga mendakwa bahawa adiknya, Datuk Richard Morais, juga bersekongkol dengan ‘seseorang’ yang mengawal “permainan” yang membabitkan pembunuhan Kevin.

Dakwanya, atas alasan itu, Richard menuntut jasad Kevin daripada rumah mayat pada hari yang sama beliau memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk membuat bedah siasat kali kedua.

Tiada ulasan: