Jumaat, 6 Februari 2015

Ulat sagu haiwan dua alam- Mufti Sarawak

 
Ulat dikenali Mulong dan upacara miring diharamkan untuk umat Islam manakala ulat temilok dibenarkan.


ulat sagu malong


MIRI: Ulat sagu atau dikenali ‘mulong’ oleh masyarakat peribumi Sarawak diharamkan kepada umat Islam.

Mufti Sarawak, Datuk Kipli Yassin berkata ia secara semula jadinya tidak bersih dan hidup dalam dua alam.

Ulat sagu atau mulong adalah hidangan makanan yang disukai oleh masyarakat muslim Melanau dan orang Islam di Sarawak.

“Keputusan ini dibuat setelah kajian tentang sifat dan cara hidup haiwan ini dilakukan. Keputusan dibuat dengan sokongan bukti saintifik,” katanya di majlis memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk merangsang sektor penyelidikan fatwa.

Apapun, jabatannya juga mengesahkan ulat yang dikenali sebagai ‘temilok’ (sejenis ulat yang ditemui di dalam batang pokok bakau), yang juga merupakan makanan popular dalam kalangan masyarakat Melanau, tidak dilarang daripada dimakan.

Dalam pada itu, umat Islam di negeri itu juga dilarang menyertai “miring”, sejenis perayaan tradisional yang dirayakan oleh masyarakat Iban atau dikenali Pesta Kaul oleh masyarakat Melanau kerana mempunyai unsur-unsur ‘syirik’ di dalamnya.

Namun, fatwa memutuskan bahawa orang Islam tidak dilarang atau hadir menyaksikan upacara ini, selagi mereka tidak mengambil bahagian dalam atau melakukan sendiri perayaan itu.

Tiada ulasan: