Malaysia seperti juga kebanyakan
negara lain yang sedang meningkat maju, juga sedang menghadapi
fenomena kebanjiran pekerja-pekerja asing. Hanya perbezaannya dengan
sesetengah negara lain, kita dibanjiri oleh jutaan 'unskilled labours'
yang bekerja dalam sektor perladangan, sebagai pembantu rumah dan pelbagai lagi
bidang yang tidak memerlukan kemahiran yang tinggi dan ini tidak menambah nilai
kepada tenaga kerja negara kita, malah ia lebih mendatangkan masalah sosial
yang besar kepada negara kita.
Di antara rakyat asing yang teramai
membanjiri negara kita ialah dari Bangladesh dan jumlahnya ialah dalam jutaan
dan kesemuanya adalah pekerja tidak mahir. Inilah perbezaan di antara negara
Singapura dengan negara kita misalnya. Singapura menjadi negara idaman bagi
pekerja mahir dan profesional sedangkan negara kita mengimport jutaan mereka
yang tidak mahir kerana mereka mendapat banyak keistimewaan dan kemudahan di negara ini.
Di sebaliknya ramai di antara tenaga kerja
mahir negara kita sedang berhijrah keluar negara bagi mendapatkan pekerjaan dan
kehidupan yang lebih baik dari negara kita. Malahan ramai yang tidak lagi
merasa canggung untuk menjadi rakyat negara lain dan bertindak meninggalkan
negara ini buat selamanya.
Mengikut perangkaan seramai lebih dari
enam juta rakyat asing membanjiri negara ini tetapi hanya sejumlah lebih dari
dua juta yang berada di sini secara halal. Di katakan seramai hampir dua juta
rakyat asing dari Bangladesh berada di negara ini dan menikmati hidup yang jauh
lebih baik dari berada di negara asal mereka.
Malahan dalam beberapa hal mereka lebih
istimewa dari rakyat tempatan kita. Selain dari mendapat perlindungan
keselamatan yang mereka mendapat keistimewaan yang tidak diperolehi oleh rakyat
tempatan. Yang hendak saya sentuh ialah isu yang melibatkan orang ramai dan
rakyat biasa yang agak tersinggung dengan keistimewaan yang diperolehi oleh
warga Bangladesh ini di atas keresahan rakyat tempatan.
Di antara banyak isu yang boleh disebut,
saya memilih untuk menyentuh tentang ketidak adilan terhadap rakyat tempatan
dalam kos membuat panggilan telefon (mobile) tempatan yang ditanggung oleh
pengguna rakyat tempatan berbanding dengan kos panggilan antara bangsa (IDD)
rakyat Bangladesh kepada negara mereka. Kadar kos panggilan tempatan jauh lebih
tinggi dari seorang rakyat Bangladesh memanggil keluarganya di Dhaka dan ini
menghairankan pengguna tempatan.
Saya ingin membawa isu ini ketengah dan
berharap pihak (Malaysian Communications and Multimedia Commission) MCMC akan
meneliti isu ini dengan serius kerana ia melibatkan seluruh rakyat negara ini.
Pihak berwajib seperti MCMC disaran mengambil perhatian serius bagaimana setengah
syarikat Telco negara ini mampu memberikan perkhidmatan yang murah keterlaluan.
Apakah keadaan sebenarnya disebalik berlakunya perkara dan isu ini?
Adakah rakyat Bangladesh ini mendapat perkhidmatan yang murah dengan 'cross subsidy' yang diberikan oleh pengguna tempatan yang membayar harga yang tinggi itu?
Apakah keadaan sebenarnya disebalik berlakunya perkara dan isu ini?
Adakah rakyat Bangladesh ini mendapat perkhidmatan yang murah dengan 'cross subsidy' yang diberikan oleh pengguna tempatan yang membayar harga yang tinggi itu?
Isu ini penting dan wajar mendapat
perhatian pihak yang berwajib. Jika MCMC tidak memberikan apa-apa tindakan maka
Kementerian Komunikasi dan Mulitmedia Malaysia (KKMM) berwajib mengambil tahu
kerana sesebuah kementerian itu diketuai oleh seorang penggubal undang-undang
(Menteri) dalam dalam KKMM ini. Menterinya ialah Ahmad Shabery Cheek.
Isu ini bukannya isu yang kecil kerana
tidak ada rakyat yang tidak terlibat dalam isu ini. Semua rakyat mempunyai
telefon bimbit dan mereka adalah di antara rakyat yang berpendapatan sederhana
dan rendah.
Bagi mereka yang membayar kos panggilan yang berlipat kali ganda lebih tinggi dari seorang rakyat Bangladesh memanggil negaranya amat tidak adil dan dalam isu ini MCMC dan KKMM wajar mengambil isu ini dengan serius.
Bagi mereka yang membayar kos panggilan yang berlipat kali ganda lebih tinggi dari seorang rakyat Bangladesh memanggil negaranya amat tidak adil dan dalam isu ini MCMC dan KKMM wajar mengambil isu ini dengan serius.
Mengikut Contohnya:-
RM0.06sen/minit
panggilan dari Malaysia ke Bangladesh berbanding dengan RM0.36sen/minit
panggilan domestik di antara rakyat Malaysia
Blog ini akan memberikan ulasan lanjutan
tentang harga dan perbandingan-perbandingan di antara kos yang ditanggung
oleh pengguna tempatan dan panggilan IDD rakyat Bangladesh ini serta kos
panggilan-panggilan tempatan di antara syarikat-syarikat Telco yang ada di
negara ini dalam posting saya yang seterusnya (mungkin hari Isnin). Kalau
diteliti contoh di atas, perbezaan di antara kos panggilan tempatan dan panggilan
IDD ke Bangladesh adalah tidak munasabah.
Kepada YB Ahmad Shabery Cheek, isu ini jangan diabaikan kerana wajar
mendahulukan rakyat seperti yang dislogankan oleh pemimpin-pemimpin
negara.
Artikel Bahagian Kedua Lihat Di sini
Artikel Bahagian Kedua Lihat Di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan