Jika
sebelum ini, ramai seperti tak kisah mengenainya, barangkali kerana
yakin beliau akan dibebaskan, tetapi suasana perbualan amat berbeza
sekali selepas hukuman itu dijatuhkan.
Di
sebuah cawangan bank yang dipunyai oleh adik Najib Razak, beberapa
kakitangannya turut meluahkan kesedihan dengan nasib yang menimpa Anwar
dan keluarganya. Mereka terbuka tumpang kasihan dan menyatakan tidak
wajar hukuman itu dijatuhkan.
Di
sebuah kedai buku yang terkenal di ibukota, hukuman yang diterima Anwar
turut menjadi perbualan ramai dan rata-rata tidak menyangka hukuman itu
bakal diterima oleh Anwar.
Di
sebuah jabatan kerajaan pula, ramai kakitangannya menyatakan rasa sedih
yang sama. Ketika berkunjung ke sebuah cafe kemudiannya, tajuk
perbualan juga tertumpu kepada hukuman lima tahun penjara itu.
Adalah
dipercayai, sejak tengahari tadi, meskipun ada kelompok lain bergembira
dengan hukuman keatas Anwar itu, tetapi secara umumnya rakyat dan
pengundi biasa berkongsi perasaan yang sama.
Luahan
rasa sedih dan kasihan atas nasib yang diterima oleh Anwar dan
penangguhan oleh keluarganya boleh didengari hampir di mana saja.
Kebanyakannya bukan saja menempelak Najib, UMNO dan kerajaan atas
hukuman itu, bahkan seperti tidak ternampak tanda-tanda pemenjaraan
Anwar menyebabkan kembalinya sokongan rakyat.
Meneliti
sejak awal kes liwat ini yang terlalu banyak dicemari dengan
unsur-unsur politik, ia akhirnya menutup tirainya dengan sesuatu yang
bersifat politik juga.
Dengan
dipenjara selama lima tahun, ia bukan saja menyebabkan Anwar hilang
kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan kedudukannya sebagai
Ketua Pembangkang turut perlu diganti dengan calon lain, ia juga hampir
menutup sama-sekali peluangnya untuk kembali aktif dalam politik.
Jika
dalam PRU 14 akan datang beliau dijangka masih berada dalam penjara,
tidak boleh bertanding selama lima tahun lagi selepas keluar penjara
kerana sekatan undang-undang yang turut menyebabkan Anwar terlepas
peluang bertanding dalam PRU 15 nanti.
Dengan
usianya ketika ini 67 tahun, beliau hanya mungkin boleh bertanding
semula dalam PRU 16 dan ketika itu usianya barangkali sudah tentu
terlalu tua.
Dalam
hal ini Najib dianggap berjaya "mengkafan" dan "menyemadikan" karier
dan cita-cita politik Anwar yang sebelum ini tidak berjaya dilakukan
oleh Mahathir Mohamad apabila ketika era kepimpinan Pak Lah, bekas
Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan daripada penjara kemudiannya.
Tetapi
persoalan yang masih menjadi tanda-tanya ialah apakah dengan
pemenjaraan Anwar yang kini mengetuai PR dan dianggap sebagai musuhnya,
kedudukan Najib, UMNO dan BN akan bertambah kukuh selepas ini?
Adakah
sokongan rakyat, terutama generasi muda akan berarak berbondong-bondong
kepada BN atau menyebabkan kebangkitan serta penolakan lebih gagah
lagi?
Bagaimana pula dengan kedudukan PR dan PKR, apakah bakal berpecah atau bertambah kukuh?
Apakah
ungkapan Anwar sebelum ini bahawa jika beliau dipenjara, undi popular
rakyat kepada PR akan meningkat daripada 52 peratus dalam pilihanraya
lalu kepada 60 peratus benar-benar menjadi kenyataan?
Lebih
penting dari itu, apakah dengan memenjarakan Anwar ini juga menyebabkan
bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang sebelum ini sudah menarik
balik sokongannya kepada Najib, akan kembali menyokong atau terus
mengasak dengan lebih kuat lagi?
Jika
kembali menyokong, adakah ini bermakna Mahathir sanggup melupakan
penentangannya mengenai 1MDB dan BR1M yang menjadi asasnya menarik balik
sokongan kepada Najib itu?
Jika
Mahathir terus mengasak pula, bagaimanakah nasib Najib seterusnya?
Siapakah yang akan menyelamatkannya? Mampukah beliau terus bertahan
untuk melawan Mahathir bersama barisan kabinetnya yang ada sekarang?
Atau
adakah selepas ini Najib lebih mudah lagi disingkirkan oleh gerakan
yang sudah dimulakan oleh Mahathir sebagaimana yang pernah berlaku
kepada Pak Lah dahulu?
Sebenarnya
begitu banyak persoalan mengenai "apa berlaku selepas ini" berikutan
dengan hukuman penjara lima tahun yang diterima Anwar ini.
Pilihanraya
kecil Permatang Pauh yang akan diadakan dalam tempoh terdekat dan siapa
Ketua Pembangkang yang baru akan menentukan sejauh mana kebangkitan
rakyat dapat dilihat dalam menuju PRU 14, manakala pendirian Mahathir
selepas ini pula akan menjadi kayu pengukur sejauh mana Najib masih
boleh bertahan lagi dalam UMNO.
Walaupun Anwar mungkin lebih "damai" dipenjara, Najib sebaliknya belum tentu "aman" juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan