Ahad, 22 Februari 2015

Pemimpin Ulama PAS tegur Mat Sabu

 
Suka atau tidak Mohamad Sabu seharusnya menyokong kepimpinan ulama dan Abdul Hadi Awang.


Dr Mahfodz Mohamed


SERDANG : Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata beliau secara peribadi telah menasihati Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkenaan tindakannya yang selalu bertentangan dengan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, suka atau tidak Mohamad Sabu seharusnya menyokong kepimpinan ulama dan Abdul Hadi Awang.

“Saya memang secara peribadi telah tegur dia. Saya orang tua. Saya lebih tua daripada dia.

“Kalau perkara ini berterusan, mungkin orang ramai boleh menilai perkara ini,” katanya di sidang medianya pada Multaqa Ulamak Se-Malaysia kali kedua di Stadium Tertutup MPSJ , Serdang Jaya di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang sering bertentangan dengan Abdul Hadi Awang

Pada 26 Julai lalu, Mat Sabu berkata kenyataan Presiden PAS itu mengenai sokongan secara terbuka supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal menjadi Menteri Besar Selangor tidak mencerminkan pendirian rasmi sebaliknya hanya pandangan peribadinya sahaja.

Sementara itu Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at- Takiri ketika diminta mengulas mengenai siapa yang layak untuk jawatan nombor dua apabila parti itu mengadakan Muktamar Tahunannya pada Jun ini, beliau berkata, ia terpulang kepada ahli parti itu untuk menentukannya.

“Kita hanya menceritakan tentang siapa yang ada kemampuan menjadi pemimpin. Itu hak ahli untuk memilih,” ujarnya.

Tiada ulasan: