Mohamad Sabu (dua kanan) dan Tuan Ibrahim (kanan) pada sidang media, semalam. Mohamad Sabu (dua kanan) dan Tuan Ibrahim (kanan) pada sidang media, semalam.
 
 
TEMERLOH – Pas tetap bersedia sekiranya Umno bercadang untuk tidak meletak calon pada PRK Dun Chempaka dan perkara itu bukan sesuatu yang dianggap baharu.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, Umno pernah tidak meletak calon di kerusi Dun Penanti sebelum ini dan jika mereka bercadang untuk tidak bertanding di Dun Chempaka, Pas tetap bersedia dengan kemungkinan ada calon dari Bebas.

“Dari segi calon pula kita belum memutuskan sesiapa, negeri (Pas negeri) belum buat keputusan,” katanya pada sidang media selepas perjumpaan tertutup antara Dewan Harian Pas Pusat yang dihadiri semua pimpinan Pas termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Pas Pahang di Markas Pas Kampung Sungai Gau di sini, semalam.

Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu berkata, lantikan Mursyidul Am Pas yang baharu akan diputuskan Majlis Syura yang akan berbincang selepas tempoh bertenang nanti.