Isnin, 2 Februari 2015

Menteri Kena Buat Kerjalah!!

Apabila harga minyak turun lagi, semakin ramai yang bersungut mengenai harga barang-barang keperluan yang tidak juga turun-turun. Malah ramai juga menyalahkan pembangkang berkaitan perkara ini.

Berikutan penurunan harga minyak dunia, harga terbaru minyak petrol RON95 dan diesel kini adalah RM1.70 seliter manakala RON97 pula adalah RM2.00 seliter. 

Ramai yang berkata, oleh kerana dulu pembangkang mengatakan harga barang tidak mungkin naik jika kerajaan tidak menaikkan harga minyak, tetapi kini semuanya seperti tidak bermakna apa-apa kerana penurunan harga minyak tidak pula menyebabkan harga barang turun sama.

Mereka yang pro kerajaan lantas menjadikan ini sebagai peluang menyerang pembangkang dengan alasan bahawa penurunan harga minyak yang diperjuangkan itu tidak memberi kesan langsung kepada harga barang-barang keperluan.

Seolah-olah mereka ini mahu kerajaan terus meletakkan harga minyak pada paras yang tinggi kerana harga yang yang rendah tidak pun menyebabkan penurunan harga barang.

Memang diakui ketika ini hampir tiada barang yang turun harganya. Harga minuman dan makanan di restoran atau warung juga tidak turun sedangkan ketika harga minyak naik dulu, merekalah yang paling awal menaikkan harga.

Kalau ada pun peniaga yang menurunkan harga barang, jumlahnya mungkin terlalu kecil. Selebihnya, lebih selesa dengan keuntungan yang mungkin lebih berganda.

Fenomena ini berlaku memang sebahagiannya disebabkan oleh pengeluar dan pengilang. Jika mereka ini tidak menurunkan harga barang, tentulah mustahil peniaga boleh bertindak menurunkan harga jualan mereka.

Di kedai, restoran atau pasar pula misalnya, meskipun kos pengangkutan sudah menurun berikutan harga minyak semakin murah sekarang, harganya juga tidak turun disebabkan karenah pembekal atau pengeluar ini.

Hakikatnya, jika mahu harga diturunkan, maka pengeluar dan pengilang ini mestilah disasarkan terlebih dahulu.

Dalam hal ini, ia sebenarnya bukanlah salah mana-mana pihak yang mendesak penurunan harga minyak tetapi kerajaan seharusnya lebih memainkan peranannya sebagai pihak yang ada kuasa dalam negara ini.

Jika ketika minyak naik dahulu, pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dilaporkan turut aktif memantau harga barang agar tidak membebankan pengguna, seharusnya ketika ini mereka juga perlu aktif sama melakukan kerja-kerja turun padang.

Inilah masanya menteri berkenaan, Hasan Malek perlu memanggil pengeluar dan pengilang agar menurunkan harga hasil keluaran mereka. Kemudian, buatlah pula pemantauan di pasar-pasar atau di peringkat bawahan agar harganya yang sampai kepada pengguna juga turun.

Tetapi adakah kita dengar pengeluar dan pengilang dipanggil? Adakah juga kita dengar penguatkuasa kementerian turun padang? Adakah juga kita dengar Hasan Malek bersuara?

Hakikatnya, apabila harga minyak turun, walaupun akan menyebabkan rakyat lebih selesa menjalani kehidupan, penurunan harga barang hendaklah juga dipastikan berlaku.

Pembangkang sudah bersuara mendesak penurunan harga minyak dan kebetulan pula ia selaras dengan turunnya harga minyak dunia, kini sepatutnya giliran kerajaan pula menjalankan kerja-kerjanya untuk memastikan harga barang turun sama.

Menteri dan kementerian yang bertanggungjawab kenalah buat kerja dengan lebih cekap dan efisien lagi. Janganlah hanya buat kerja atau bising-bising bila harga minyak naik tetapi mendiamkan diri bila harga minyak turun.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Semua,
Pak Ismail tgh buat kerja la ni. Pengajaran pertama pak Ismail adalah mendidik masyarakat.untuk belajar buat kira2. Tak ada ilmu tak bole buat kerja. Pak Ismail cuba mendidik kita yang bila cina2 tu kata harga barang tak bole turun sebab RM sudah kecur nilainya. Jadi dengan kecutnya nilai RM harga selitre minyak jadi RM1.70 mengikut harga pasaran. Lepas penat memikir kaedah urk mengajar kira2, pak mail bawak melayu2 yang masih lagi tak pernah nampak calculator pergi minum air kopi kat kopitiam. Harganya RM5.90 utk

Unknown berkata...

1/2 litre sahaja. Setelah membuat kira2 pak Ismail pikir baik suruh PETRONAS stop jual minyak dan start jual air mineral dgn harga 1.80 utk 0.75litre. Untuk 1litre minyak yang diproses mengunakan teknologi tinggi dan para jurutera2 yang gajinya rata2 antara 20k-50 sebulan maka teknologi apakah yang OLD TOWN n RICH PAPPA pakai dan pembancuh kopi profesional dari USA atau Uk yang KOPITIAM ni import. Selalu nampak mynmar dan bangla jer. Dari formula ini lah yang pak ismail suruh kita fikir. Kalau tak bole fikir jgn suruh dia mohon maaf kerana mungkin otak2 melayu ni dah terlalu byk minum dan makan tahu pork agaknya. Wallahuallam.