Jumaat, 6 Februari 2015

Kitab mana Asri pakai?

 
Asri sepatutnya menegur Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengikuti upacara keagamaan Hindu bila beliau menyertai perarakan dengann kereta lembu dan meletakkan warna merah di dahi


MAZA


PETALING JAYA: Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) menganggap dakwaan Mufti Perlis yang baru dilantik semula, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh memakai pakaian Hindu serta kalungan bunga sebagai rasis.

Presiden Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu, Ramesh Rao berkata, kenyataan yang dibuat Mufti Perlis itu merupakan kesalahan yang besar serta boleh mencetuskan sentimen perkauman di negara ini.

“Kaum India merupakan golongan yang mudah sensitif, kita tak boleh terima kenyataan sedemikian, kalau isu roboh kuil kita memberontak apatah lagi isu-isu sebegini.

“Kalau benar dakwaan Asri sila buktikan kitab mana beliau guna seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider,” katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

Tambah beliau, Asri sepatutnya terlebih dahulu menegur ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan mengikuti upacara keagamaan Hindu apabila beliau menyertai perarakan mengunakan kereta lembu dan meletakkan warna merah di dahi di Perak sebelum ini.

“Kehadirian Najib pada majlis Thaipusam adalah untuk berjumpa rakyat dan sebagai tanda hormat beliau kepada agama Hindu, malah bukan sahaja perayaan kaum India beliau berpakaian sedemikian malah sambutan tahun baru Cina pun dia pakai pakaian orang Cina,” jelasnya.

Tambah Ramesh, kehadiran Perdana Menteri ke Batu Caves baru-baru ini bukanya untuk masuk kuil dan menyembah dewa-dewa yang ada di sana. Kalau beliau bertindak sedemikian kami juga akan tentang kerana perbuatan itu haram.

Sehubungan itu, tegas Ramesh, sekiranya kenyataan yang dibuat Asri sengaja diputar belit oleh media, beliau perlu mengambil tindakan terhadap portal berita tersebut dengan membuat laporan polis, jika apa yang dilaporkan benar Asri perlu menjelaskan kitab mana yang melarang tindakan sedemikian.

Tiada ulasan: