Khalid
bersama Ketua Pegawai Eksekutif DaiSheng, Chia Ah Kau melancarkan
replika permainan kereta PDRM di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur,
semalam. - FOTO: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob akan tampil memberi keterangan kepada pihak polis
Isnin ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung ugutan bunuh yang diterima menteri berkenaan.
“Saya diberitahu beliau akan hadir memberi keterangan Isnin depan (9 Februari),”katanya pada sidang media selepas melancarkan koleksi kereta mainan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersempena ulang tahun ke-33 Daisheng (M) Sdn Bhd, semalam.
Pelancaran kereta mainan tersebut merupakan salah satu inisiatif pengeluar permainan terbesar Daisheng dalam mendidik generasi muda mengenai peranan PDRM.
Khalid bagaimanapun enggan mengulas lanjut lokasi keterangan Ismail Sabri akan dirakamkan.
Berhubung ugutan bunuh diterima menteri tersebut, kes akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Ismail Sabri baru-baru ini, mencetuskan kontroversi apabila kenyataannya di Facebook yang menggesa orang ramai terutama orang Melayu sebagai majoriti penduduk negara ini menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna, memboikot peniaga yang menaikkan harga barang secara tidak munasabah, dianggap sebagai perkauman kerana menyentuh golongan peniaga keturunan Cina sebagai sasaran.
Sementara itu dalam isu berasingan, Khalid berkata usaha membawa pulang anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar yang kini berada di Australia dijangka mengambil masa lebih lama.
Khalid memberitahu, proses membawa pulang Sirul Azhar melibatkan urusan perundangan yang lama.
“Ada langkah-langkah yang perlu diteliti sebelum kita dapat bawa Sirul Azhar pulang.
“Berapa lama, saya tidak pasti, kita kena tunggulah,” katanya
Bagaimanapun dalam kes Sirul Azhar, terdapat undang-undang yang menghalang kerjasama antara Malaysia dan Australia.
“Kita sudah pohon ekstradisi. Namun terdapat halangan untuk Malaysia dan Australia bekerjasama memandangkan negara itu bukan sahaja tidak mengiktiraf hukuman mati, malahan juga menentang keras hukuman tersebut dijalankan dalam sistem perundangan negara lain.
Katanya, PDRM dan Peguam Negara akan bekerjasama menguruskan proses membawa pulang anggota tersebut.
Sirul Azhar sebelum ini, ditahan pegawai imigresen di Queensland, Australia atas sabitan kes bunuh Altantuya Shaariibuu.
Beliau ditahan selepas Interpol mengeluarkan notis merah terhadap anggota itu yang dijatuhi hukuman gantung atas sabitan kes bunuh pada 2006.
Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh Altantuya pada 2006 dan disabitkan kesalahan pada 2009.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan