Hanya
beberapa hari selepas dilantik bagi kali kedua sebagai Mufti Perlis,
beliau menegur kehadiran Najib di Batu Caves untuk perayaan Thaipusam
baru-baru ini yang turut menyertai acara keagamaannya.
Kata
beliau, "Najib boleh datang dengan memakai sut. Tidak salah berpakaian
demikian. Yang penting Najib meraikan program keagamaan penganut Hindu
kerana beliau Perdana Menteri dan menjaga kepentingan semua rakyat
Malaysia."
Bagaimanapun,
tambahnya, penasihat Najib perlu memaklumkan kepada penganjur agar
tidak menghadiahkan kalungan bunga atau meminta Perdana Menteri memakai
pakaian seperti orang Hindu ketika menyambut perayaan itu.
Menurut
Dr Asri, orang Islam boleh hadir di upacara keagamaan agama lain tetapi
dilarang turut serta atau mengambil bahagian dengannya.
Sejak
beberapa tahun lalu, setiap kali perayaan Thaipusam, Najib pasti
menjadi kritikan ulama dan orang Islam berikutan kehadirannya ke Batu
Caves. Berbanding tahun-tahun sebelumnya, kali ini Najib hadir bersama
isterinya Rosmah Mansor meraikan Thaipusam. Sudah beberapa kali, beliau
hadir bukan saja untuk meraikan perayaan Thaipusam, bahkan berpakaian
seperti mereka.
Dua
tahun lalu, Mufti Perak, Harussani Zakaria turut menegur Najib kerana
perkara yang sama. Malah, beliau menyifatkan kehadiran Najib di perayaan
Thaipusam dengan pakaian mirip penganut agama Hindu sebagai telah
"menggadai akidah".
Tegas
Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun, namun Perdana Menteri
seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dah
akidah.
"Ini
perbuatan syirik, saya tak tahu mengapa jadi macam ni...sedangkan
perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut, ini pula hadir di rumah
ibadat mereka," katanya sebagaimana yang pernah disiarkan media pada 10
Februari 2012 lalu.
Kini
sekali lagi, Najib bukan saja melakukan perkara yang sama sama, bahkan
seperti tidak menghiraukan teguran ulama dan mufti terhadapnya.
Dulu
Mufti Perak menegur, kini Mufti Perlis pula. Apakah yang mendorong
Najib jadi begini? Kenapakah beliau tidak mengendahkan pandangan dan
teguran ulama terhadapnya?
Jika
perbuatan ini kali pertama dilakukannya, mungkin ia masih boleh
dimaafkan dan tidak menghairankan. Tetapi setelah teguran demi teguran
dilakukan dan terus juga melakukannya, apakah misteri sebenar di
sebaliknya?
Kenapa masih tidak diambil berat pandangan ulama, tambahan pula sudah dua orang Mufti yang menegurnya.
Tidak
bolehkah kalau beliau tidak hadir ke Batu Caves? Atau kalau hadir pun,
ikutlah nasihat dan garis panduan yang diberikan oleh para ulama.
Apa
pun kita tunggu tahun depan sama ada Najib hadir lagi atau tidak ke
Batu Caves? Apakah teguran ulama dan mufti berbekas di hatinya atau
dibakulsampahkan sekali lagi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan