shahbudindotcom
Mahathir
berkata, jika menjadi Perdana Menteri ketika ini, beliau pasti akan
meletakkan jawatan kerana gagal memberi pentadbiran yang baik, selain
semakin meningkatnya kritikan daripada rakyat.
Kata
bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu, seseorang Perdana Menteri
sepatutnya memudahkan sesuatu perkara dan meletakkan jawatan sekiranya
gagal mentadbir dengan baik.
Walaupun
tidak menyebut secara khusus nama Najib, adalah jelas kenyataan terbaru
Mahathir ini ditujukan secara khusus kepada Najib yang sudah ditarik
balik sokongan dan dikritiknya sejak beberapa bulan lepas.
Ia
secara langsung memberi gambaran bahawa Mahathir kekal dengan pendirian
tidak lagi menyokong serta tidak bersetuju dengan kepimpinan Najib.
Malah mengandaikan kesediaan meletakkan jawatah jika masih menjadi
Perdana Menteri adalah sindiran yang boleh difahami dengan mudah oleh
sesiapa saja bahawa Najib sepatutnya berundur segera ketika ini.
Selain
itu, Mahathir juga terus mengkritik kewujudan 1MDB yang banyak
bermasalah dengan pinjaman dan hutang, sambil mengatakan ia adalah
"syarikat miskin" yang tidak sepatutnya wujud.
Katanya
lagi, 1MDB umpama seseorang yang meminjam wang daripada ceti dan
perbuatan itu tidak boleh dianggap sebagai telah bertukar menjadi kaya.
Mahathir
juga meneruskan kritikannya dengan mengatakan kerajaan yang ada
sekarang semakin terpinggir daripada rakyat kerana tidak sensitif
terhadap apa yang dikatakan oleh orang awam.
Apabila
Anwar Ibrahim dipenjara selama lima tahun sejak 10 Februari lalu,
kemampuan rakyat melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang
mulai disangsikan.
Walaupun
ada keyakinan bahawa pemenjaraan itu akan meningkatkan rasa simpati
serta menambahkan kebencian rakyat terhadap kerajaan, tetapi kemungkinan
berlakunya perpecahan dalam PR berikutan ketiadaan Anwar tetap amat
membimbangkan.
Dengan
ketiadaan nakhoda yang berwibawa seperti Anwar, ditambah perpecahan dan
bercakaran sesama sendiri, ia tentu saja memberi kelebihan kepada BN
untuk terus mengekalkan kuasanya.
Selama
ini juga, kritikan, teguran dan penarikan balik sokongan oleh Mahathir
kepada Najib, secara tidak langsung turut memberi kelebihan kepada PR
kerana pengaruh Mahathir memang terbukti masih kukuh jika beliau
bersuara.
Lihat
saja pada pilihanraya 2004 di mana BN ketika itu menang paling bergaya
dengan 198 kerusi Parlimen, tetapi apabila Mahathir kemudiannya mula
mengkritik kepimpinan Pak Lah, kemenangaj BN pada pilihanraya 2008
merosot kepada 140 kerusi dan pertama kali hilang majoriti dua pertiga.
Dengan
BN hanya berbekalkan 133 kerusi pada pilihanraya 2013 dan cengkaman
undi popular sebanyak 47 peratus saja, ketiadaan sokongan Mahathir
bersama Najib tentu saja boleh memberi makna yang besar kepada PR.
Tetapi
pemenjaraan Anwar menimbulkan kebimbangan bahawa Mahathir mungkin
kembali menyokong Najib. Ada yang berkata kritikan, teguran dan
penarikan balik sokongan oleh Mahathir itu hanyalah untuk memberi
tekanan kepada Najib agar menghantar semula Anwar ke penjara sebagaimana
yang dilakukannya dahulu.
Apabila
Ketua Pembangkang itu sudah dipenjara, dikatakan tiada apa lagi yang
dibimbangi oleh Mahathir sebagai seorang yang pernah memenjarakan Anwar
sebelum ini dan pilihan yang terbaik baginya ialah kembali menyokong
Najib serta memastikan BN menang dengan lebih baik pada pilihanraya akan
datang.
Namun
dengan Mahathir terus menolak dan mengasak Najib, malah menyindirnya
dengan ungkapan "akan meletakkan jawatan jika masih sebagai Perdana
Menteri", ini adalah berita gembira kepada rakyat yang mengimpikan
perubahan.
Pendirian
Mahathir ini memberi harapan sama ada Najib akan diturunkan daripada
jawatannya melalui UMNO atau PR harus mengambilnya sebagai peluang
keemasan dengan segera melupakan persengketaan sesama sendiri,
merapatkan barisan dan mengukuhkan lagi kesepakatan.
Oleh
yang demikian, penolakan berterusan Mahathir ini seharusnya disambut
dengan sewajarnya dan jangan sesekali disia-siakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan