Rabu, 4 Februari 2015

Akar umbi Umno tampil sokong menteri

MALAYSIAKINI


 


Ketika kritikan menggunung dihamburkan pada Datuk Seri Ismail Sabri, tidak kurang juga pihak yang tampil mendukung gesaan menteri pertanian dan industri asas tani itu.

Terkini seramai 92 pemimpin Umno bahagian daripada pelbagai negeri menyatakan sokongan pada kenyataan “mulia” itu.

Bukan sahaja mendukung Ismail, dalam sidang media bersama hari ini mereka malah mengkritik MCA, sekutu penting Umno dalam BN, dan pembangkang kerana mengaitkan perkara itu dengan isu perkauman.

Ketua Umno Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata kenyataan Ismail berjaya menyemarakkan perbincangan berhubung harga barang di Malaysia.

“Kita harap orang ramai akan bercakap berkaitan isu ini dan kita akan lihat perbezaannya tidak lama lagi,” kata Musa.

Musa juga mendesak Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon yang membidas Ismail sebelum ini dipecat.

Tiada ulasan: