MALAYSIAKINI
Desas-desus berhubung satu perhimpunan bagi membantah kenaikan harga
minyak di Dataran Merdeka hari ini tinggal menjadi khabar angin, tanpa
kehadiran mana-mana peserta.
Namun,
seramai kira-kira 50 orang petugas media tetap hadir untuk membuat
liputan, dan akhirnya terpaksa berteduh di Bangunan Sultan Abdul Samad
ketika hujan lebat melanda Kuala Lumpur petang ini.
Seramai 50 orang petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan anggota polis
juga setia berkawal di kawasan yang digembar-gembur sebagai lokasi
perhimpunan tersebut petang ini.
Terdahulu, puluhan pelancong juga dilihat meluangkan masa melawat kawasan tumpuan tersebut dengan dikawal pihak berkuasa.
Khabar
angin mengenai perhimpunan yang dikatakan akan berlangsung jam 4 petang
itu tersebar di media sosial, sehari selepas pengumuman kenaikan harga
minyak oleh kerajaan pada 1 Oktober.
Setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab menganjurkan
perhimpunan berkenaan namun polis semalam berkata perkara itu akan
disiasat.
Kerajaan mengumum kenaikan 20 sen untuk setiap liter petrol RON95 dan
diesel, yang menjadikan harga semasa masing-masing RM2.30 dan RM2.20
seliter.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan