Ahad, 12 Oktober 2014

Pesta Arak: Mengapa Ulama PAS & PERKASA Bantah Di Selangor, Tetapi Tidak Di Melaka?

KELAB GREENBOC



Penguatkuasa pantau pesta arak Jonker Walk, Melaka


Kerajaan Negeri Melaka akan menempatkan pegawai penguat kuasa bagi menghalang umat Islam daripada meminum arak pada acara Oktoberfest dijangka berlangsung di Jonker Walk di Melaka pada 18 Okt ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata tindakan tegas akan diambil terhadap orang Islam yang didapati meminum arak pada acara berkenaan.

"Saya beri jaminan yang kita akan pastikan orang Islam tidak akan dibenarkan minum arak di sana dan akan bertindak tegas sekiranya menerima laporan yang menyatakan demikian," katanya kepada pemberita selepas istiadat penganugerahan darjah, bintang dan pingat kebesaran sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-76 di Dewan Seri Negeri di Melaka, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri tidak dapat menghalang orang bukan Islam untuk meminum arak pada acara tersebut kerana tiada peruntukan undang-undang yang melarang perbuatan itu.

Mengenai kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Melaka Zulkifli Ismail Muhammad semalam yang meminta kerajaan negeri mengambil langkah menghalang penganjuran pesta arak Oktoberfest itu, Idris berkata "saya tidak tahu di mana yang dikatakan pesta arak".

Beliau berkata pengisian program tersebut dilihat bertujuan menggalakkan pelancong dari luar negara untuk datang ke Melaka.

Idris berkata pemimpin dan penyokong PAS perlu berfikiran terbuka ketika hidup dalam masyarakat majmuk dengan mengambil semangat 'untuk mereka agama mereka dan untuk kita agama kita'.

Terdahulu, pada istiadat tersebut seramai 353 orang menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka didahului Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof yang menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.

Seramai tiga penerima pula dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran 'Datuk' termasuk Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Kamarudin Mat Ali dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Seramai 21 penerima pula dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang turut membawa gelaran 'Datuk' antaranya Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Said; Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Tengku Azman Tengku Zainal Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) Datuk Dzulkifli Fadzilah dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda.

Sebanyak 16 penerima dianugerahkan Darjah Seri Melaka; Bintang Cemerlang Melaka (32); Bintang Khidmat Terpuji (65); Pingat Jasa Kebaktian (125); Pingat Bakti Masyarakat (76) dan Pingat Khidmat Lama (14) - Bernama

ULASAN GB

Hari tu tiga orang Ustadz PAS, Nasruddin Tantawi, Khairuddin Aman Razali dan Nik Abduh mewakili Dewan Ulamak PAS bersama-sama dengan NGO PERKASA telah menyerahkan memorandum bantahan Pesta Arak (Oktoberfest) kepada pihak Perbadaran Petaling Jaya. Ia mendapat liputan besar-besaran di media massa pro-UMNO.... Sanggup datang dari jauh, Pahang - Terengganu - Kelantan, untuk membantah Pesta Arak di Selangor.

Di media sosial pula mereka yang menamakan diri mereka geng ulama dalam PAS bersama-sama dengan UMNO menghentam habis Pesta Arak berkenaan apatah lagi selepas berita yang menyatakan beberapa pemimpin (bukan Islam) DAP dan PKR turut serta kerana menyokong bantahan demi mempertahankan hak orang bukan Islam meminum alkohol.

Sekarang bagaimana pula dengan Oktoberfest di Melaka? Tak buat bantahan ker? Mengapa hanya bantah di Selangor?

Di dalam hal arak ini GB sudah pun buat ulasan. Petikan


Mengapa sukar untuk kita berdakwah secara berhikmah dan bijaksana? Mengapa tak boleh dicadangkan terlebih dahulu supaya penganjur memohon permit, memasang papantanda menghalang mereka yg beragama Islam dan bawah umur turut serta dan khusus ditempat tertutup? Al-Quran sendiri menghalang arak secara beransur-ansur.

Bagaimana pula kaedah dalam kita berdakwah?



Tiada ulasan: